Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tebengai[t«.b«.NAj]kata adjektifberkenaan barang, bangunan dan lain-lain yang terbiar; tebahai.Takde sape pakai, abes tebengai aje basikal tu.[tA/.d« sA.p« pA.kAj A.bes t«.b«.NAj A.dZ« bA.si.kAl tu]Tiada sesiapa menggunakannya, terbiar sahaja basikal itu.
tebahai[t«.bA.hAj]kata adjektifberkenaan barang, bangunan dan lain-lain yang terbiar; tebengai.Tebahai aje moto tu kat bawah rumah, jual aje le.[t«.bA.hAj A.dZ« mo.to tu kAt bA.wAh Äu.mAh dZu.wAl A.dZ« l«]Terbiar sahaja motosikal itu di bawah rumah, jual sajalah.
pigi sebon[pi.gi se.bon] perigi yang telah terbiar dan dipenuhi semak atau lumpur.Ari dah nak senje ni pon bapak nak pegi nimbe pigi sebon?[A.Äi dAh nA/ s«n.dZA ni pon bA.pA/ nA/ p«.gi nim.b« pi.gi se.bon]Hari sudah hampir senja ini pun, bapa hendak pergi menimba perigi sebon?
menyelanak[m«.ø«.lA.nA/] kata kerjakata kerja1. melakukan aktiviti lasak yang tidak berfaedah. Contohnya kanak-kanak pergi bermain-main ke dalam semak atau ke dalam sawah terbiar dan sebagainya; melangsang.Menyelanak aje keje engkau, kan dah dekat pekse.[m«.ø«.lA.nA/ A.dZ« k«.dZ« «N.kAw kAn dAh d«.kAt pe/.s«]Menyelanak sahaja kerja engkau ini, kan dah nak periksa.
melangsang[m«.lAN.sAN]kata kerjamelakukan aktiviti lasak yang tidak berfaedah. Contohnya kanak-kanak pergi bermain-main ke dalam semak atau ke dalam sawah terbiar dan sebagainya; menyelanak.Melangsang aje keje engkau, kan dah dekat pekse.[m«.lAN.sAN A.dZ« k«.dZ« «N.kAw kAn dAh d«.kAt pe/.s«]Melansang sahaja kerja engkau ini, kan dah nak periksa.
belapok-harok[b«.lA.po/.hA.Äo/]kata adjektifberkenaan sesuatu barang yang amat kotor dengan debu kerana lama terbiar.Cobe kau basoh kasot tu, dah belapok-harok mak tengok.[tSu.b« kAw bA.soh kA.sot tu dAh b«.lA.po/ hA.Äo/ mA/ tE.No/]Cuba engkau basuh kasut itu, sudah berdebu emak tengok.

Kembali ke atas