Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ha.dap] | ترهادڤ

Definisi : 1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2. kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ha.dap] | ترهادڤ

Definisi : 1 kepada; akan: Cintanya ~ gadis itu tetap tidak berubah. 2 tentang; me­ngenai; berkenaan (dgn): Pandangannya ~ projek itu adalah memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Peribahasa

Potong hidung rosak muka.

Bermaksud :

Berbuat kurang baik terhadap kaum keluarga maka kita sendiri akan mendapat malu juga.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
mengano[m«.NA.no]kata adjektifkemaruk terhadap makanan misalnya ketika berbuka puasa atau selepas sembuh daripada sakit.Lepas baek saket, mule le mengano.[l«.pAs bAe/ sA.ket mu.l« l« m«.NA.no]Selepas baik sakit, mulalah mengano.

Kembali ke atas