Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ta.pi] | تتاڤي

Definisi : = akan ~ 1. kata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia pemarah ~ hatinya baik; 2. (sungguhpun ...) namun: walaupun tua ~ ia masih kuat berjalan lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ta.pi] | تتاڤي

Definisi : 1 kata yg digunakan utk me­nyata­kan hal yg berlawanan atau bertentangan: Budak itu pandai ~ malas. 2 namun: Sungguhpun dia tua ~ masih kuat bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetapi (kata tugas)
Bersinonim dengan namun, sebaliknya, melainkan, kecuali.,

Puisi
 

Tak ada damar pasang lilin,
     Buat terang waktu malam;
Bukannya pandai bukannya alim,
     Tetapi tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(297)

35

A bird in the hand is worth a hundred flying

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth a hundred flying . Since the economy was in a bad shape, it was unwi

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu mendengarkan guruh di langit, air tempayan d

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(24)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bakau basah[bA.kAw bA.sAh] sejenis kuih yang menggunakan bahan-bahan yang sama seperti bakau berhempas tetapi ditambah daun pandan. Adunan tidak diencap atau dihempas. Telur hanya digodak; bakau godak.   
bakau godakbakau godak [bA.kAw go.dA/] sejenis kuih yang menggunakan bahan-bahan yang sama seperti bakau berhempas tetapi ditambah daun pandan. Adunan tidak diencap atau dihempas. Telur hanya digodak; bakau basah.   
carot[tSA.Äot]] kata adjektifberkenaan anyaman yang tersalah, misalnya dua petak yang sepatutnya berselang-seli atau bertindan-tindih tetapi sebaliknya.Tikau aku ni carot pulak.[ti.kAw A.ku ni tSA.Äot pu.lA/]Tikar aku ini tersalah anyam pulak.
sia[si.jA]kata namakayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke luan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu tetapi tidak melekat pada perahu (tidak seperti mempisang yang melekat pada perahu). Sia melindungi bahagian tersebut daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat.Pasangkan sia tu kalau tak perahu rosak.[pA.sAN.kAn si.jA tu kA.lAw tA/ p«.ÄA.hu Äo.sA/]Pasangkan sia tu kalau tidak perahu rosak.
anak pete[A.nA/ p«.te] bunyi petir yang bertalu-talu tetapi kedengaran perlahan dan kadangkala sayup-sayupWah! Dah mule dengau anak pete, baek le kite balek. Takot ujan nanti.[wAh dAh mu.l« d«.NAw A.nA/ p«.te bAe/ l« ki.t« bA.le/ tA.kot u.dZAn nAn.ti]Wah! Sudah mula kedengaran anak petir, baiklah kita balik. Takut hujan nanti.

Kembali ke atas