tebengai | [t«.b«.NAj] | kata adjektif | berkenaan barang, bangunan dan lain-lain yang terbiar; tebahai. | Takde sape pakai, abes tebengai aje basikal tu. | [tA/.d« sA.p« pA.kAj A.bes t«.b«.NAj A.dZ« bA.si.kAl tu] | Tiada sesiapa menggunakannya, terbiar sahaja basikal itu. |
labas | [lA.bAs] | kata adjektif | berkenaan ruang biasanya rumah yang terbuka luas disebabkan penghalangnya yang telah tercabut atau hilang. | Bila dindeng tu dah tak ade, labas bilek tu. | [bi.l« din.deN tu dAh tA/ A.d« lA.bAs bi.le/ tu] | Apabila dinding itu sudah tiada, bilik itu kelihatan luas. |
tawau lese | [tA.wAw l«.se] | | sangat tawar, tiada rasa garam atau gula langsung. | Tawau lese kuah ni, buboh le garam. | [tA.wAw le.se ku.wAh ni bu.boh l« gA.ÄAm] | Sangat tawar kuah ini, bubuhlah garam. |
tekayau-kayau | [t«.kA.jAw.kA.jAw] | kata kerja | mencari-cari sesuatu benda secara bersendirian dalam waktu yang lama. | Puas aku tekayau-kayau, takde sape nolong. | [pu.wAs A.ku t«.kA.jAw.kA.jAw tA/.d« sA.p« no.loN] | Puas aku mencari sesuatu benda, tiada sesiapa menolong. |
layang-layang Melayu | [lA.jAN.lA.jAN m«.lA.ju] | | layang-layang yang tulang melintang lebih panjang daripada tulang menegak, berbentuk seakan-akan ikan pari, dan tidak mempunyai ekor. | Oh, kau buat layang-layang Melayu, patot le tak de eko! | [oh kAw bu.wAt lA.jAN.lA.jAN m«.lA.ju pA.tot l« tA/ d« e.k] | Oh, engkau buat layang-layang Melayu, patutlah tiada ekor. |