buat pemelau | [bu.wAt p«.m«.lAw] | | melawak yang tidak kena pada tempatnya. | Dengan pak sedare kau tu jangan buat pemelau, nanti die naek angen baru tau. | [d«.NAn pA/ s«.dA.Ä« kAw dZA.NAn bu.wAt p«.m«.lAw nAn.ti di.j« nAe/ A.Nen bA.Äu tAu] | Dengan bapa saudara kau tu jangan nak melawak sembarangan, nanti dia naik angin, baru engkau tahu. |
bencah | [b«n.tSAh] | kata kerja | merebak atau meresap (cecair) di atas permukaan seperti kertas, kain dan sebagainya. | Ketas ni tak bagos, kene dakwat die bencah. | [k«.tAs ni tA/ bA.gos k«.n« dA/.wAt di.j« b«n.tSAh] | Kertas ini tidak bagus, kena dakwat, ia merebak. |
pantang teleleh | [pAn.tAN t«.le.leh] | | tidak boleh leka walaupun sekejap. | Kat sini kene jage-jage, pantang teleleh, abes barang kene curi. | [kAt si.ni k«.n« dZA.g«.dZA.g« pAn.tAN t«.le.leh A.bes bA.ÄAN k«.n« tSu.Äi] | Di sini kena berjaga-jaga, pantang teleleh, habis barang kena curi. |
bahal | [bA.hAl] | kata adjektif | sakit urat yang setempat biasanya pada punggung, pangkal paha atau gusi. | Dah kene bahal gigi le tu, patot tak becakap. | [dAh k«.n« bA.hAl gi.gi l« tu pA.tot tA/ b«.tSA.kAp] | Sudah kena sakit gigi hingga ke uratlah tu, patutlah tidak boleh bercakap. |
mempisang | [m«m.pi.sAN] | kata nama | 1. kayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke haluan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu dan melekat pada perahu (tidak seperti sia yang tidak melekat pada perahu). Mempisang melindungi bahagian itu daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat. | Kau kene pasang mempisang, nanti sapan perahu kau. | [kAw k«.n« pA.sAN m«m.pi.sAN nAn.ti sA.pAn p«.Ä«.hu kAw] | Kau kena pasang mempisang, nanti rosak perahu kau. |
kiyap | [ki.jA)p] | kata adjektif | berkenaan bateri, alat berkuasa bateri atau berenjin yang rosak atau tidak berfungsi. | Bateri ini dah kiyap, kene beli baru ni. | [bA.t«.Äi ni dAh ki.jA)p k«.n« b«.li bA.Äu ni] | Bateri ini sudah habis kuasanya, kena beli yang baru. |