Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sakit saya kena cepu,
     Tidak sakit kumbang menyengat;
Sakit saya kerana tipu,
     Dalam tipu tidak ingat.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai sambau di pintu kandang.

Bermaksud :

Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai sambau di tengah jalan).

 

Lihat selanjutnya...(8)

70

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa yang luka menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
bahal[bA.hAl]kata adjektifsakit urat yang setempat biasanya pada punggung, pangkal paha atau gusi.Dah kene bahal gigi le tu, patot tak becakap.[dAh k«.n« bA.hAl gi.gi l« tu pA.tot tA/ b«.tSA.kAp]Sudah kena sakit gigi hingga ke uratlah tu, patutlah tidak boleh bercakap.
melempen[m«.l«m.pen]kata adjektifkeadaan perut yang pipih akibat kurus atau telah lama tidak makan.Lame saket ape tak melempen perot die.[lA.m« sA.ket A.p« tA/ m«.l«m.pen p«.Äot di.j«]Lama sakit apa tak melempen perutnya.
mengangkop[m«.NAN.kop]kata adjektifberkenaan orang atau haiwan yang tercungap-cungap kerana sangat keletihan atau sakit teruk, nazak atau tidak cukup udara.Napas pon dah mengangkop, tak de harapan le orang tue tu.[nA.pAs pon dAh m«.NAN.kop tA/ d« hA.ÄA.pAn l« o.ÄAN tu.w« tu]Nafas pun sudah mengangkop, tidak ada harapanlah orang tua itu.
mencegot[m«n.tS«.got]kata adjektifberkenaan sakit yang berdenyut, contohnya bisul.Satu malam aku tak boleh tido, aku punye bisol bukan maen mencegot.[sA.tu mA.lAm A.ku tA/ bo.leh ti.do A.ku pu.ø« bi.sol bu.kAn mAen m«n.tS«.got]Semalam aku tidak boleh tidur kerana bisulku bukan main berdenyut.

Kembali ke atas