Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.bun] | تيمبون

Definisi : himpunan sesuatu yg bertindih-tindih, longgok, tompok(an): lalat menghurung ~ sampah di tepi parit; se~ batu kerikil; bertimbun 1. = bertimbun-timbun ber-susun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumah­nya; 2. ki banyak: bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibaca­nya; 3. = tertimbun tertimbus, terkam­bus; mati ~ tanah mati tertimbus tanah; 4. sl ber­kumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia; bertimbunan bertimbun(-timbun): seber­mula bangkai ~ spt gunung, darah spt laut; menimbuni 1. menimbus (lubang dll), me-nam­bak, melonggokkan (tanah), mena­nam (mayat dll): mereka menggali lubang dan ~ lubang utk menyudahkan rancangan kerja raya; 2. menjadi bertimbun (banyak), membukitkan, melimpah-limpah: ketaman padi telah dilonggokkan ~ macam busut di atas sebidang tikar; aku makin merasa cintaku ~ dan memuncak; 3. gemuk (bkn daging), tambun; tertimbun ditimbun(i), tertimbus (ter­tanam); ~ dikais, terbenam diselam prb a) perihal menyelidiki sesuatu perkara yg ter­sem­bunyi; b) menolong seseorang yg dlm kesusahan; menimbunkan 1. menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis) hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan: ~ guni berisi pasir hingga merupakan ben­teng; 2. me-ngumpulkan banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak), menyimpan banyak-banyak: ~ keuntungan; janganlah suka menimbunkan kerja pd hari esoknya; timbunan 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barang-barang yg ditimbun­kan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau him-punan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak; penimbunan 1. perihal menimbunkan, pengum-pulan (penghimpunan) barang-barang dll: banyak sungai telah menjadi jangkat akibat ~ pasir dan lumpur yg dibawa air dr hilir sungai; 2. tempat utk menimbun; penimbun 1. orang (atau alat) yg menim­bunkan (melonggokkan) barang; 2. (tanah, pasir, dll) utk menimbun: ditimpa tanah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bun] | تيمبون

Definisi : kumpulan atau himpunan se­­suatu (spt pasir, kayu api) yg berlonggok; se~ pasir. bertimbun 1 bersusun ber­tindih-tindih (merupakan timbun); berlonggok: Kayu api ~ di bawah rumah. 2 ki banyak: Kerjanya yg ~ itu tidak mungkin dpt disiapkannya dlm masa seminggu. menimbun 1 menutup lubang dsb dgn tanah dll; menimbus: Lubang itu ditimbun dgn tanah. 2 menjadi spt timbun; membukit; banyak sekali: Kain baju yg kotor ~. 3 tambun atau gemuk (bkn badan): badan ~ badan gemuk. menimbuni menjadi sbg timbun pd: Tanah ~ lubang itu. menimbunkan meletakkan se­­suatu bersusun-susun hing­ga merupa­kan tompokan; melong­gokkan; menom­pokkan: Pekerja-pekerja itu ~ pasir di tepi jalan. tertimbun tertutup oleh tanah dll; terkambus; tertimbus. timbunan 1 sesuatu yg ditimbunkan; longgokan; tompokan. 2 tempat menimbunkan sesuatu. penimbunan perbuatan (hal dsb) menimbun atau menimbunkan. pe­nimbun 1 pasir, tanah dll yg di­tim­bunkan atau utk ditimbunkan. 2 orang yg menimbun lubang dsb atau menimbunkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
menunggon[m«.nuN.gon]kata adjektifbanyak atau bertimbun-timbun.Kaen baju dah menunggon dalam bilek, nak basoh, ari-ari ujan.[kAen bA.dZu dAh m«.nuN.gon dA.lAm bi.le/ nA/ bA.soh A.Äi.A.Äi u.dZAn]Kain baju dah bertimbun-timbun di dalam bilik, nak dibasuh, hari-hari hujan.

Kembali ke atas