Definisi : pisau pemotong padi, pengetam, ani-ani; bertuai (telah) dipotong dgn tuai: masih banyak lagi padi yg belum ~; menuai memotong padi dgn tuai, mengetam (padi): petani-petani di sini menanam padi dlm bulan Oktober dan ~ atau mengetamnya dlm bulan Februari; bagaimana ditanam, begitulah dituai prb tiap-tiap perbuatan akan mendapat balasan yg wajar; tuaian yg dituai, hasil menuai: kerajaan telah menetapkan harga padi sebanyak RM16 sepikul bagi padi ~ pertama; penuaian perihal menuai, pengetaman: ~ padi musim ini sudah dimulakan; penuai 1. alat utk menuai (padi), ani-ani, pengetam, tamin; 2. orang yg menuai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)