ujan menotok-notok | [u.dZAn m«.no.to/.no.to/] | | hujan yang lebat dan lama. | Ujan menotok-notok, tak dapat noreh kite. | [u.dZAn m«.no.to/.no.to/ tA/ dA.pAt no.Äeh ki.t«] | Hujan menotok-notok, kita tidak dapat menoreh. |
kereng kohot | [k«.ÄeN ko.hot] | | kering kontang. | Lame tak ujan, pigi kereng kohot. | [lA.m« tA/ u.dZAn pi.gi k«.ÄeN ko.hot] | Lama tidak hujan, perigi kering kontang. |
mengemit-ngemit | [m«.N«.mit.N«.mit] | kata adjektif | berkenaan ulat yang banyak dan bergerak-gerak. | Hi, geli aku tengok ulat tu mengemit-ngemit. | [hi g«.li A.ku te.No/ u.lAt tu m«.N«.mit.N«.mit] | Hi, geli aku tengok ulat itu mengemit-ngemit! |
menggelujang | [m«N.g«.lu.dZAN] | kata adjektif | berkenaan manusia atau haiwan yang meronta-ronta sambil kaki menedang-nendang. | Bukan maen susah lagi budak ni nak bagi ubat, die menggelujang. | [bu.kAn mAen su.sAh lA.gi bu.dA/ ni nA/ bA.gi u.bAt di.j« m«N.g«.lu.dZAN] | Bukan main susah lagi budak ini hendak diberikan ubat, dia menggelujang. |
menunggon | [m«.nuN.gon] | kata adjektif | banyak atau bertimbun-timbun. | Kaen baju dah menunggon dalam bilek, nak basoh, ari-ari ujan. | [kAen bA.dZu dAh m«.nuN.gon dA.lAm bi.le/ nA/ bA.soh A.Äi.A.Äi u.dZAn] | Kain baju dah bertimbun-timbun di dalam bilik, nak dibasuh, hari-hari hujan. |
lendat | [l«n.dAt] | kata kerja | bersandar sehingga menyebabkan sesuatu yang disandar itu senget, melengkung, atau patah. | Abes patah pokok ubi aku kene lendat lembu. | [A.bes pA.tAh po.ko/ u.bi A.ku k«.n« l«n.dAt l«m.bu] | Habis patah pokok ubi aku disandar dengan kuat oleh lembu. |