bunga kelawau | [bu.NA k«.lA.wAw] | | lubang-lubang udara yang berukiran tertentu yang dibuat pada tebar layar, bahagian atas pintu atau tingkap, dan sebagainya. Lubang ini berfungsi untuk tujuan pencahayaan kerana cahaya matahari boleh menembusinya dan juga bagi tujuan pengudaraan. | Wah, cantek betol bunga kelawau kat timba layau kau ni! | [wAh tSAn.te/ b«.tol bu.NA k«.lA.wAw kAt tim.bA lA.jAw kAw ni] | Wah, cantik betul ukiran bunga kelawar pada tebar layar engkau ini! |
menugal | [m«.nu.gAl] | kata adjektif | keadaan layang-layang di udara yang tiba-tiba menjunam. | Layang-layang aku ni asek menugal aje, geram betol aku! | [lA.jAN.lA.jAN A.ku ni A.se/ m«.nu.gAl A.dZ« g«.ÄAm b«.tol A.ku] | Layang-layang aku ini asyik menjunam sahaja, geram betul aku! |
tali angen | [tA.li A.Nen] | | benang halus yang diikat dalam rangka layang-layang untuk menegangkan kertas layang-layang. | Kau tak pasang tali angin, macam mana layang-layang kau nak senang naek. | [kAw tA/ pA.sAN tA.li A.Nen mA.tSAm mA.nA lA.jAN.lA.jAN kAw nA/ s«.nAN nAe/] | Engkau tidak pasang tali angin, macam mana layang-layang engkau hendak senang dinaikkan ke udara. |
mengangkop | [m«.NAN.kop] | kata adjektif | berkenaan orang atau haiwan yang tercungap-cungap kerana sangat keletihan atau sakit teruk, nazak atau tidak cukup udara. | Napas pon dah mengangkop, tak de harapan le orang tue tu. | [nA.pAs pon dAh m«.NAN.kop tA/ d« hA.ÄA.pAn l« o.ÄAN tu.w« tu] | Nafas pun sudah mengangkop, tidak ada harapanlah orang tua itu. |