kue penanggah | [kue p«.nAN.gAh] | | kuih-muih yang dihidangkan untuk orang yang membantu melayan tetamu dalam kenduri kahwin sebelum nasi penanggah dihidangkan. | Yang ni kue penanggah, jangan bagi jemputan. | [jAN ni kue p«.nAN.gAh dZA.NAn bA.gi dZ«m.pu.tAn] | Yang ini kuih untuk penanggah sahaja, bukan untuk tetamu. |
pak dare | [pA/ dA.Ä«] | | panggilan untuk lelaki dewasa yang bukan saudara; pak cik | | | |
mak dare | [mA/ dA.Ä«] | | panggilan untuk perempuan dewasa yang bukan saudara; mak cik | | | |
buloh rabong | [bu.loh ÄA.boN] | | sejenis buluh berwarna kehitaman yang digunakan untuk membuat rangka layang-layang. | | | |
buloh sigai | [bu.loh si.gAj] | | sejenis buluh yang bersaiz kecil boleh digunakan untuk membuat peralatan permainan letup-letup. | | | |
ale bangke | [A.le bAN.k«] | | sejenis alat yang diperbuat daripada besi panjang yang pada satu hujung berbentuk seperti mata pahat, dan pada hujung yang satu lagi mempunyai bentuk yang bercabang dan melengkung. Alat ini boleh digunakan untuk mengopek kulit pokok kayu dan mencabut paku dengan mudah. | Paku ni besau, umpil le paku ni gune ale bangke. | [pA.ku ni b«.sAw um.pil l« pA.ku ni gu.n« A.le bAN.k«] | Paku ini besar, gunakanlah ale bangke untuk mencabutnya. |
langgai | [lAN.gAj] | kata nama | alat untuk menangkap udang yang terdiri daripada kerangka buluh dan jaring yang agak rapat matanya. Bahagian depan langgai berupa jaring yang terbuka lebar untuk menyodok permukaan lumpur manakala bahagian belakangnya berkarung atau berbentuk kerucut yang berinjap. | Gunekan langgai jareng alus kalau nak jerat geragau. | [gu.n«.kAn lAN.gAj dZA.ÄeN A.lus kA.lAw nA/ dZ«.ÄAt g«.ÄA.gAw] | : Gunakan langgai jaring halus kalau nak jerat geragau. |
tebu hitam penawau | [t«.bu hi.tAm p«.nA.wAw] | | sejenis tebu yang batang dan pucuknya berwarna kehitam-hitaman. Tebu ini amat mujarab untuk mengubati penyakit seperti demam panas. | | | |
sireh Melayu | [si.Äeh m«.lA.ju] | | sejenis daun sirih yang keras, bersaiz besar dan berwarna hijau dan berurat kasar. Selain dimakan digunakan juga untuk membuat gubahan sirih junjung. | | | |
mengkuang Keling | [m«N.ku.wAN k«.liN] | | sejenis mengkuang yang boleh ditanam di kebun. Durinya dibuang dengan menggunakan jangka. Mengkuang jenis ini sesuai untuk dibuat tikar berwarna kerana warnanya lebih putih setelah dijemur; mengkuang kampong. | | | |