Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sah] | اوسه

Definisi : 1. mustahak, perlu: tak ~lah bimbang, kami datang hanya menyampaikan perintah menyuruh kakak datang ke balai polis; 2. jangan: ~ menangis, bawalah bertenang; ~ dibimbangkan hal itu; usahkan 1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar namanya baru ini-lah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sah] | اوسه

Definisi : 1 perlu; mustahak: Tak ~ bersusah hati kerana saya sedia membantu. 2 jangan: ~lah menangis. usahkan jangankan: ~ hendak menolong, datang menjenguk saja pun dia tidak pernah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usah (kata tugas)
Bersinonim dengan jangan, hendaknya tidak;,
Kata Terbitan : usahkan,

Puisi
 

Tak usah kertas biru,
     Kertas putih saya suratkan;
Tak usahkan hati yang rindu,
     Hati yang kasih saya turutkan.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Tak usah hinggut,
     tiada tercabut.

Bermaksud :

Pendirian yang kukuh, tak mudah berganjak walaupun diugut.

 

Lihat selanjutnya...(9)

572

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Tak usah itik diajar berenang

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Tak usah itik diajar berenang. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
dudok perot[du.do/ p«.Äot] berkenaan perempuan yang baru mengandung; dudok bulanKau ni tengah dudok perot, tok sah lasak sangat[]Engkau ini baru mengandung, tidak usah buat kerja lasak sangat.
dudok bulan[du.do/ bu.lAn] berkenaan perempuan yang baru mengandung; dudok perot.Kau ni tengah dudok bulan, tok sah lasak sangat.[]Engkau ini baru mengandung, tidak usah buat kerja lasak sangat.
wayat[wA.jAt]kata namakelibat (bagi manusia atau haiwan), bayang (bagi barang-barang).Tok sah kau carik lagi barang tu, wayat die pon aku dah lame tak nampak[to/ sAh kAw tSA.Äi/ lA.gi bA.ÄAN tu wA.jAt di.j« pon A.ku dAh lA.m« tA/ nAm.pA/]Tidak usah engkau cari lagi barang itu, bayangnya pun aku sudah lama tidak nampak.

Kembali ke atas