mengabong | [m«.NA.boN] | kata kerja | bercakap yang bukan-bukan atau merepek. | Mengabong aje kau ni, meluat aku. | [m«.NA.boN A.dZ« kAw ni m«.lu.wAt A.ku] | Merepek saja kau ni, meluat aku. |
pak dare | [pA/ dA.Ä«] | | panggilan untuk lelaki dewasa yang bukan saudara; pak cik | | | |
mak dare | [mA/ dA.Ä«] | | panggilan untuk perempuan dewasa yang bukan saudara; mak cik | | | |
barah urat | [bA.ÄAh u.ÄAt] | | bisul yang teruk. | Kau ni bukan kene bisol biase ni, barah urat aku rase. | [kAw ni bu.kAn k«.n« bi.sol bi.yA.s« ni bA.ÄAh u.ÄAt A.ku ÄA.s«] | Engkau ni bukan kena bisul biasa ni, barah urat aku rasa. |
melembet | [m«.l«m.bet] | kata adjektif | berkenaan papan, lantai, titi dan lain-lain yang melentur. | Titi tu bukan kuat sangat, basikal lalu pon melembet. | [ti.ti tu bu.kAn ku.wAt sA.NAt bA.si.kAl lA.lu pon dAh m«.l«m.bet] | Titi itu bukan kuat sangat, basikal lalu pun dah melentur. |
menggelujang | [m«N.g«.lu.dZAN] | kata adjektif | berkenaan manusia atau haiwan yang meronta-ronta sambil kaki menedang-nendang. | Bukan maen susah lagi budak ni nak bagi ubat, die menggelujang. | [bu.kAn mAen su.sAh lA.gi bu.dA/ ni nA/ bA.gi u.bAt di.j« m«N.g«.lu.dZAN] | Bukan main susah lagi budak ini hendak diberikan ubat, dia menggelujang. |
tanah pase bulan | [tA.nAh pA.se bu.lAn] | | sejenis tanah bercampur pasir yang biasanya terdapat berhampiran dengan sawah. Tanah ini peroi dan berwarna kehitaman. | Kat tanah pase bulan macam ni, rumpot bukan maen gemok le die. | [kAt tA.nAh pA.se bu.lAn mA.tSAm ni Äum.pot bu.kAn mAen g«.mo/ l« di.j«] | Di tanah pasir bulan begini, rumput bukan main suburlah. |
mencegot | [m«n.tS«.got] | kata adjektif | berkenaan sakit yang berdenyut, contohnya bisul. | Satu malam aku tak boleh tido, aku punye bisol bukan maen mencegot. | [sA.tu mA.lAm A.ku tA/ bo.leh ti.do A.ku pu.ø« bi.sol bu.kAn mAen m«n.tS«.got] | Semalam aku tidak boleh tidur kerana bisulku bukan main berdenyut. |
kue penanggah | [kue p«.nAN.gAh] | | kuih-muih yang dihidangkan untuk orang yang membantu melayan tetamu dalam kenduri kahwin sebelum nasi penanggah dihidangkan. | Yang ni kue penanggah, jangan bagi jemputan. | [jAN ni kue p«.nAN.gAh dZA.NAn bA.gi dZ«m.pu.tAn] | Yang ini kuih untuk penanggah sahaja, bukan untuk tetamu. |
cebel | [tS«.bel] | kata adjektif | berkenaan orang yang tidak tahu menyimpan rahsia. | Kau jangan cakap lepas, die tu suke cebel sana, cebel sini! | [kAw dZA.NAn tSA.kAp l«.pAs di.j« tu su.k« tS«.bel sA.nA tS«.bel si.ni] | Engkau bukan tidak tahu dia itu, tak tahu simpan rahsia dengan bercerita sana, bercerita sini! |