titik tak berubah | invariant point | Titik yang kedudukannya tidak berubah dalam transformasi. | Menengah Rendah |
titik tak berubah | invariant point | 1. Titik yang menjadi nilai kepada titik itu sendiri berdasarkan fungsinya. 2. Titik yang kekal sama kedudukannya selepas proses penjelmaan. | Menengah Atas |
titik tetap | fixed point | Lihat titik tak berubah. | Menengah Atas |
malar | constant | Perihal sesuatu yang tetap atau tidak berubah nilainya. | Menengah Rendah |
pemalar | constant | Nilai sesuatu kuantiti yang tetap atau tidak berubah. Contohnya, dalam persamaan y = x + 4, nombor 4 ialah pemalar. | Menengah Rendah |
ubahan tercantum | joint variation | Hubungan antara tiga atau lebih pemboleh ubah sehingga satu pemboleh ubah akan berubah secara langsung atau secara songsang dengan pemboleh ubah yang lain. Lihat Contoh | Menengah Atas |
pembezaan | differentiation | Satu ukuran yang menerangkan bagaimana perubahan pemboleh ubah tak bersandar (fungsi y atau f(x) ) apabila pemboleh ubah bersandarnya (x) berubah. Simbol yang digunakan ialah atau f'(x). | Menengah Atas |