kesudahan yang mungkin | possible outcome | Hasil tertentu yang diperoleh apabila melakukan sesuatu uji kaji atau apabila sesuatu peristiwa berlaku. Contohnya, dalam uji kaji melambung sekeping duit syiling adil, kesudahan yang mungkin sama ada permukaan 'angka' atau permukaan 'gambar' syiling berada di sebelah atas. | Menengah Atas |
peristiwa | event | Set kesudahan yang memenuhi syarat bagi satu ruang sampel dan merupakan subset bagi ruang sampel. | Menengah Atas |
sama kemungkinan | equally likely | Perihal kesudahan yang mungkin berlaku dengan kebarangkalian yang sama. | Menengah Atas |
ruang sampel | sample space | Set yang mengandungi semua kesudahan yang mungkin dalam sesuatu uji kaji. | Menengah Atas |
ruang sampel barangkali sama | equiprobable sample space | Set yang mengandungi semua kesudahan yang mungkin dalam sesuatu uji kaji dan mempunyai peluang yang sama untuk berlaku. | Menengah Atas |
nilai optimum | optimum value | Nilai minimum atau maksimum yang menjurus kepada kesudahan yang dikehendaki. | Menengah Atas |
gambar rajah pokok | tree diagram | Gambar rajah yang mewakili cara sistematik untuk menunjukkan semua kesudahan yang mungkin dalam satu uji kaji. Lihat Contoh | Menengah Atas |
kebarangkalian berdasarkan teori | theoretical probability | Kemungkinan sesuatu peristiwa akan berlaku yang boleh diukur berdasarkan nisbah bilangan hasil yang tertentu terhadap jumlah bilangan kesudahan yang mungkin. | Menengah Atas |