pemilihan rawak | random selection | Kaedah pemilihan yang membolehkan setiap ahli dalam suatu populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Kaedah ini dikenali juga sebagai pensampelan rawak. | Menengah Atas |
ruang sampel barangkali sama | equiprobable sample space | Set yang mengandungi semua kesudahan yang mungkin dalam sesuatu uji kaji dan mempunyai peluang yang sama untuk berlaku. | Menengah Atas |
sampel rawak | random sample | Sampel yang diambil secara rambang, iaitu tanpa mengikut aturan atau pola tertentu daripada sesuatu populasi. Unsur-unsur dalam sampel rawak mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. | Menengah Atas |