saham | stock | Pengongsian modal dalam sesuatu perniagaan yang melayakkan pemilik saham menerima dividen. | Sekolah Rendah |
promosi | promotion | Segala usaha dan kegiatan perniagaan untuk menarik perhatian pembeli bagi meningkatkan jualan barang atau perkhidmatan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
pelaburan | investment | Wang yang digunakan untuk perniagaan tertentu yang akan memberi keuntungan pada masa hadapan seperti pembelian saham, dan menjadi ahli koperasi sekolah. | Sekolah Rendah |
dividen | dividend | Untung yang diberikan ke atas wang yang dilaburkan untuk perniagaan atau saham. | Sekolah Rendah |
risiko | risk | Keadaan yang tidak dijangka tentang sesuatu kerugian atau cabaran dalam perniagaan. | Sekolah Rendah |
modal | capital | Wang atau harta benda yang digunakan sebagai asas untuk memulakan perniagaan. | Sekolah Rendah |
koperasi | cooperative | Syarikat yang dianggotai dan diuruskan oleh sekumpulan orang untuk menjalankan perniagaan dengan faedah dan keuntungan yang dikongsi bersama. | Sekolah Rendah |
cukai perkhidmatan | service tax | Cukai yang perlu dibayar ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan tertentu seperti hotel dan restoran makanan segera. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |