grid | grid | Satu set garis lurus yang merentasi antara satu sama lain biasanya berbentuk segi empat sama dan segi tiga sama. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
sama sudut | equiangular | Perihal rajah yang kesemua sudutnya sama saiz. | Menengah Rendah |
tak sama | not equal/unequal | Perihal tidak sama saiz, kuantiti atau nilai. Simbol yang digunakan ialah ≠. | Menengah Rendah |
sama kemungkinan | equally likely | Perihal perkara yang mungkin berlaku dengan kebarangkalian yang sama. | Menengah Rendah |
bahagi dua sama | bisect | Membahagikan rajah, sudut dan sebagainya kepada dua bahagian yang sama. | Menengah Rendah |
pembahagi dua sama | bisector | Garis lurus yang membahagikan sesuatu sudut atau tembereng kepada dua bahagian yang sama. | Menengah Rendah |
kongruen | congruent | Perihal sama bentuk dan sama saiz. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
segi tiga sama sisi | equilateral triangle | Segi tiga yang mempunyai tiga sisi yang sama panjang dan semua sudutnya sama besar. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
segi tiga sama kaki | isosceles triangle | Segi tiga yang mempunyai dua sisi yang sama panjang dan dua sudut yang sama besar. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
ketaksamaan | inequality | Hubungan antara dua kuantiti yang tidak sama. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 47 > 44, x ≤ 5. | Menengah Rendah |