set | set | Sekumpulan unsur yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Set ditulis menggunakan tatatanda set { }. Contohnya, {2, 4, 6, 8} merupakan set yang terdiri daripada nombor genap kurang daripada 10. | Menengah Atas |
berturutan | consecutive | Perihal sekumpulan sebutan yang berturut-turut dalam sesuatu jujukan. Contohnya, 5, 6, 7, 8 merupakan 4 nombor asli berturutan. | Menengah Rendah |
kecenderungan memusat | central tendency | Sukatan perwakilan bagi sekumpulan data yang ditunjukkan oleh satu nilai tertentu sama ada min, median, atau mod. | Menengah Rendah |
koperasi | cooperative | Syarikat yang dianggotai dan diuruskan oleh sekumpulan orang untuk menjalankan perniagaan dengan faedah dan keuntungan yang dikongsi bersama. | Sekolah Rendah |
piktograf | pictograph | Rajah yang terdiri daripada gambar atau simbol bagi mewakili sesuatu kuantiti atau sekumpulan data. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |