kadar | rate | Hubungan yang menunjukkan perubahan suatu kuantiti terhadap suatu kuantiti yang lain. | Menengah Rendah |
tidak kurang daripada | not less than | Perihal nilai suatu nombor yang melebihi suatu nombor yang lain. Contohnya, nombor 3 dan 4 tidak kurang daripada 2. | Menengah Rendah |
sebutan | term | 1. Setiap kuantiti dalam suatu ungkapan yang melibatkan tanda + atau −. Contohnya, 5x + 3y − z mempunyai tiga sebutan, iaitu 5x, 3y dan z. 2. Suatu nombor atau perkara yang disenaraikan dalam suatu jujukan. Contohnya, dalam jujukan 2, 4, 6, 8, ..., sebutan pertama ialah 2, sebutan kedua ialah 4, dan seterusnya. | Menengah Rendah |
asas | base | Suatu nombor yang didarabkan secara berulang untuk menghasilkan suatu nombor dalam tatatanda indeks. Contoh: 5 × 5 × 5 = 5³, 5 ialah asas. | Menengah Rendah |
tolak1 | subtract/minus | Mengurangkan suatu nombor atau bilangan objek daripada suatu nombor atau kumpulan objek. Simbol tolak ialah –. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
tidak lebih daripada | not more than | Perihal nilai suatu nombor yang kurang daripada suatu nombor yang lain. Contohnya, nombor 3 dan 4 tidak lebih daripada 5. | Menengah Rendah |
tidak kurang daripada | not less than | Perihal nilai suatu nombor yang lebih besar daripada atau sama dengan nilai suatu nombor lain. Simbolnya ialah ≥. Contohnya, nombor 2, 3 dan 4 tidak kurang daripada 2 atau x ≥ 2. | Menengah Atas |
nombor indeks | index number | Nombor yang menunjukkan ukuran perubahan suatu kuantiti seperti harga barang, gaji, guna tenaga, dan anjakan pengeluaran pada suatu tempoh masa tertentu berbanding dengan nilainya pada waktu asas, 100. | Menengah Atas |
tembereng | segment | 1. Bahagian suatu bulatan yang disempadani oleh satu lengkok dan perentas yang menghubungkan kedua-dua hujung lengkok tersebut. 2. Rantau yang disempadani oleh satu lengkok dan perentas dalam suatu bulatan. | Menengah Atas |
julat antara kuartil | interquartile range | Julat antara kuartil pertama dengan kuartil ketiga bagi suatu set data. Julat ini merupakan satu cara untuk menghuraikan sebaran suatu set data. Lihat Contoh | Menengah Atas |