masa | time | Tempoh dari waktu lalu ke waktu sekarang hingga waktu depan yang dapat diukur dengan menggunakan jam atau alat pengira masa yang lain. | Menengah Rendah |
waktu | time | Ketika atau masa tertentu. Waktu dinyatakan dalam unit jam dan minit, pagi, tengah hari, petang, malam atau tengah malam. | Sekolah Rendah |
jadual waktu | timetable | Susunan acara, aktiviti atau perkara mengikut masa dan waktu yang telah ditentukan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
tahun | year | Jangka waktu yang lamanya 12 bulan atau 365 hari. | Menengah Rendah |
minggu | week | Jangka waktu yang lamanya tujuh hari. 1 minggu = 7 hari. | Menengah Rendah |
tahun lompat | leap year | Jangka waktu yang lamanya 366 hari. Ia berlaku setiap 4 tahun. | Menengah Rendah |
sistem 12 jam | twelve-hour system | Sistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.) dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:20 p.m. | Menengah Atas |
sistem 12 jam | twelve-hour system | Sistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam, bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.), dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:50 p.m. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
jam digital | digital clock | Jam yang menunjukkan waktu dalam bentuk nombor digital. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sistem 24 jam | twenty-four hour system | Sistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 24 jam bermula pada 12 tengah malam hingga 12 tengah malam hari yang berikutnya. Sistem ini dinyatakan dalam empat digit. Contohnya, 1. Jam 1330 bermaksud 1:30 p.m. 2. Jam 0930 bermaksud 9:30 a.m. | Menengah Atas |