Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tujuan, hajat, kehendak, niat: ~ aku ke sini ialah hendak berjumpa dgn engkau; ~ hatiku pun hendak ke sana juga; 2. erti yg tersimpul dlm sesuatu ayat (per­buatan dll): apakah ~ perkataanmu itu?; aku masih belum tahu lagi ~ aku dipanggil; bermaksud 1. bertujuan, berhajat, berke­hendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; memaksudkan 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sbg mak­sud): Ali masih samar-samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu; apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga; termaksud dikehendaki, dimaksudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg dikehendaki; niat yg tertentu; kehendak; tujuan: Itulah ~ saya datang ke mari. 2 tujuan yg terkandung dlm sesuatu ayat dll; erti: Ayat ini ~nya begini. bermaksud 1 mempunyai tujuan tertentu; berniat; bertujuan: Kami tidak ~ hendak menyusahkan hati saudara. 2 membawa erti; bermakna: Ayat ini ~ bahawa memberi sedekah lebih mulia drpd menerima sedekah. memaksudkan 1 menjadikan sbg tujuan sesuatu perbincangan dll; menghendaki: Saudaralah yg saya maksudkan. 2 menjadikan sbg maksud atau erti yg sebenarnya: Apakah yg dimaksudkan oleh ayat ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,

Puisi
 

Apa guna pelita minyak,
     Sumbu kain berjurai-jurai;
Apalah guna harta yang banyak,
     Kalau teringin maksud tak sampai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Maksud hati memeluk gunung,
     apa daya tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).

 

Lihat selanjutnya...(43)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cleardo I make myself ~, jelas maksud saya; (in infml situation) faham; get st ~, betul-betul faham (sst); (imper) faham betul-betul: I’ve got it quite ~ I think, saya rasa saya betul-betul faham; now let’s get this ~, eloklah betul-betul faham perkara ini; is that ~, sudah jelas (maksud saya); (in infml situation) faham: all hoops and balls must be returned to the cupboard – is that ~?, semua gelang rotan dan bola mesti disimpan semula di dlm almari – faham?; make it ~, approp v + dgn jelas:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intentionn 1. intending, purpose, aim, niat, maksud, tujuan; (leg.) niat: I did it without any ~ of hurting him, saya melakukan perbuatan itu tanpa sebarang niat utk melukakan hatinya; he went to night school with the ~ of becoming an accountant, dia belajar di kelas malam dgn tujuan hendak menjadi akauntan; our ~ is to leave early tomorrow, maksud kami hendak bertolak awal besok; have an ~, berniat, bertujuan, bermaksud: she has no ~ what so ever of accepting the offer, dia sedikit pun tdk berniat hendak menerima tawaran itu; 2. (in pl), (old-fashioned) purpose in regard to marriage, niat, tujuan: I’m sure his ~s are honourable, saya yakin niatnya baik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intentn purpose, niat, maksud, tujuan; (leg.) niat: he did it with good ~, dia melakukannya dgn niat baik; I’m sure there was no ill ~ in the remark, saya yakin dia tdk mempunyai niat jahat semasa mengeluarkan kata-kata itu; to loiter with ~ to commit a felony, merayau dgn niat utk melakukan feloni;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
comprehendvt 1. understand, memahami, mengerti: he did not ~ the full meaning of her remarks, dia tdk memahami keseluruhan maksud kata-kata wanita itu; 2. include, comprise, merangkumi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
double-edgedadj 1. bermata dua: a ~ sword, pedang bermata dua; 2. having two possible meanings, berlapis, dua maksud: a ~ praise, pujian yg berlapis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gesticulationn 1. act of gesticulating, membuat gerak isyarat; 2. movement used to gesticulate, gerak isyarat: his ~s were unmistakably clear in their meaning, maksud gerak isyaratnya jelas sekali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
explainvi & vt menerangkan, menjelaskan: the teacher ~ed the school rules to the new students, guru itu menerangkan peraturan-peraturan sekolah kpd murid-murid baru; please ~ to me what this notice means, tolong terangkan kpd saya apa maksud kenyataan ini; let me ~ how it happened, biar saya jelaskan bagaimana hal itu berlaku; that ~s her strange behaviour, itu menerangkan mengapa dia berkelakuan ganjil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
graspthe irate man ~ed his lapel and dragged him to the side, lelaki yg berang itu mencengkam lapelnya lalu mengheretnya ke tepi; 2. take advantage of (opportunity etc) merebut; 3. understand, memahami, menangkap (maksud): I couldn’t ~ what he was trying to tell me, saya tdk dapat menangkap apa yg hendak dikatakannya kpd saya; it was quite obvious that they had failed to ~ the significance of the precautionary measures, jelas sekali mereka gagal memahami pentingnya langkah berjaga-jaga ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
importn 1. (usu pl) goods brought into a country from abroad, import: ~s exceeded exports, import melebihi eksport; ~ duty, duti import; ~ quota, kuota import; 2. importance, penting, mustahak; (of person) penting: matters of great ~, perkara-perkara yg amat penting; 3. meaning, maksud: I could not gather the ~ of his words, saya tdk dapat menangkap maksud kata-katanya; 4. act of importing, pengimportan: the ~ of certain drugs has been banned, pengimportan setengah-setengah jenis ubat diharamkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
amountn 1. quantity, banyak(nya): the ~ of food left over surprised her, dia terperanjat melihat banyaknya makanan yg berlebihan itu; 2. sum total, jumlah; (econ) amaun: the ~ still unsold, jumlah yg masih belum dijual; he only spent a small ~ on repairs, dia hanya membelanjakan jumlah yg kecil bagi kerja-kerja pembaikan; ~ owing, amaun terhutang; 3. full value, significance, effect, maksud(nya): the ~ of the statement is that..., maksud kenyataan itu ialah...;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas