Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (méwah) 1. segala-galanya banyak (makanan, harta, dll), serba berlebih, serba elok: kampung itu ~ dgn makanan; 2. sangat mahal dan memberi kepuasan serta keselesa­an: kereta ~; makanan ~; hotel ~; barang-barang ~ barang-barang yg elok tetapi tidak mustahak benar; hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba banyak; bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan: saya tidak mampu datang ke sini utk bercuti dan ~; memewahkan menjadikan mewah: beliau tidak melakukan apa-apa utk ~ diri sejak menyertai politik; kemewahan perihal mewah: ia sedar bahawa kesenangan dan ~ hidup yg dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /méwah/ serba-serbinya banyak (bkn makanan, harta dll); serba berlebih: Negeri ini ~ dgn barang-barang makanan. hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba banyak. bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan; menggunakan sesuatu secara berlebih-lebihan: Dia ~ dgn apa yg dimilikinya setelah lama bekerja keras. bermewah-mewah hidup dgn serba mewah; menjalani kehidupan secara mewah: Mereka ~ setelah mewarisi harta peninggalan datuknya yg kaya-raya. memewahkan menjadikan mewah: Kerjaya sbg ahli perniagaan yg berjaya dpt ~ kehidupannya. kemewahan keadaan mewah; kesenangan: Mereka bekerja keras utk mencari ~ hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mewah (adjektif)
Bersinonim dengan kaya-raya, makmur, senang-lenang, berlebih-lebihan, serba berlebih, lewah, melimpah-limpah, melimpah-ruah, penuh-ruah;,
Kata Terbitan : kemewahan,

Peribahasa

Air didih menganak sungai.

Bermaksud :

Hiburan yang sangat mewah.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
de luxeadj mewah: a ~ edition, edisi mewah; a ~ model, model mewah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lavish3. extravagant, mewah; (of expenditure etc) berlebih-lebihan: the meal was too ~ for my simple tastes, sajian itu begitu mewah bagi saya yg mempunyai selera yg sederhana; a ~ apartment, pangsapuri mewah; his ~ expenditure, perbelanjaannya yg berlebih-lebihan; a ~ spender, a. a big spender, orang yg berbelanja besar; b. one who spends in a wasteful manner, pemboros;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
affluencen wealth, kemewahan, mewah: a man of considerable ~, seorang yg sangat mewah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
affluentadj 1. wealthy, mewah: ~ society, masyarakat mewah; 2. abundant,profuse, melimpah-ruah, melimpah-limpah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Easy Streetn; be on ~, hidup /mewah, dlm kemewahan/: he’s been on ~ since he won the lottery, dia hidup mewah sejak menang loteri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lap 1 in the ~ of luxury, dlm / serba mewah, kemewahan/: she was raised in the ~ of luxury, dia dibesarkan dlm serba mewah; in the ~ of the gods, di tangan Tuhan: whether he succeeds is in the ~ of the gods, sama ada dia berjaya atau tdk semuanya di tangan Tuhan; /dump, drop/ st in so’s ~, (colloq) longgokkan sst di bahu sso: if you think you’re going to dump this job in my ~, forget it, kalau kamu fikir kamu hendak longgokkan kerja ini di bahu saya, boleh jalanlah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extravagantadj 1. spending money wastefully, boros; (of taste) mewah: she is ~ when buying clothes, dia boros apabila membeli baju; a man of ~ tastes, lelaki yg mempunyai cita rasa yg mewah; 2. using too much (of st), (secara) membazir: the Administration’s ~ use of public funds was severely criticized, penggunaan dana awam yg membazir oleh Pentadbiran itu diselar dgn hebat; 3. costly, mahal-mahal: the rich who indulge in ~ luxuries feature largely in his novels, orang-orang kaya yg suka akan barang mewah yg mahal-mahal merupakan ciri utama dlm novel-novelnya; he showered her with ~ gifts, dia menghujaninya dgn hadiah yg mahal-mahal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
granda ~ wedding, majlis perkahwinan besar-besaran; a ~ procession, perarakan besar-besaran; in ~ style, dgn cara yg mewah: they lived in ~ style, mereka hidup dgn cara yg mewah; make a ~ /entrance, exit/, /masuk, keluar/ dgn hebatnya; 3. rich and sumptuous, indah-indah: ~ furnishings, perabot yg indah-indah; she needed ~ clothes to go to these parties, dia memerlukan pakaian yg indah-indah utk menghadiri majlis-majlis ini; 4. socially superior, distinguished,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
comfortn 1. state of well-being, keselesaan: she lives in ~, dia hidup dlm keselesaan; 2. luxury, kemewahan, mewah: a life of ~, hidup mewah; 3. relief from sorrow, grief, etc, menyenangkan (hati): news that brought ~ to the family, berita yg menyenangkan hati keluarga itu; 4. (usu in pl) st that satisfies physical needs, kemudahan: the apartment has all the ~s of modern living, pangsapuri itu mempunyai semua kemudahan moden; 5. so. or st that consoles, penawar hati: during the days that followed her son’s death, her neighbours were a ~ to her, pd hari-hari selepas kematian anaknya, jiran-jirannya menjadi penawar hatinya; the telephone calls and letters from caring friends were a real ~, panggilan telefon serta surat dr kawan-kawan yg bersimpati menjadi penawar hatinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
high lifen kehidupan mewah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas