Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. per­buatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. per­buatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; olah-olah; bukan ~ bukan buatan, bukan main­an; seolah-olah seakan-akan, selaku, seperti: me­langkah indah, ringan, cepat ~ tak ber­pijak di lantai; berolah 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda, bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll; memperolahkan 1. mempermainkan, mem­per­olok-olokkan, mempersendakan; 2. mem­perdayakan, menipu; olahan suka berperangai, suka bertingkah: se­orang laki-laki yg keterlaluan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengolah mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yg lain (yg dapat digunakan, lebih sempurna, dll): getah dan bijih yg di­keluarkan di negeri ini dihantar keluar utk diolah; cerpen yg diolah drpd perben­da­haraan lama; ~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi barang yg boleh digunakan dll; ~ tanah mengerjakan tanah utk ditanami; olahan cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya; pengolahan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yg segar; pengolah orang yg mengolah, alat utk meng­olah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 cara membuat sesuatu; akal; daya upaya: Apa ~nya supaya kita cepat kaya? 2 perbuatan; perangai: Orangnya sudah tua, tetapi banyak ~nya. berolah 1 berperangai yg aneh-aneh. 2 berbuat sesuatu utk memperdaya orang; menipu. memperolahkan mempermain-ma­in­­­­kan atau memperdaya. seolah-olah seakan-akan: Beliau melangkah ~ tidak berpijak di lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; mengolah mengerjakan se­suatu (spt memasak, mengukir) se­hing­ga menjadi benda lain yg lebih sempurna. ~ bahan mentah memproses barang-barang mentah supaya men­jadi bahan yg dpt digunakan. ~ tanah mengerjakan tanah supaya dpt di­tanami. pengolahan perbuatan atau hal mengolah: Jepun dan negara-negara di Eropah menjalankan tugas ~ sebahagian besar drpd bahan mentah keluaran kita. ~ cerita ini kemas dan menarik. pengolah 1 orang yg mengolah. 2 alat yg di­gunakan utk mengolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata olah

Peribahasa

Bukan mati kerana Allah,
     melainkan kerana olah.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
invitinglyadv seolah-olah menggoda: he drew a comfortable chair forward ~, dia menarik kerusi yg empuk ke depan seolah-olah menggoda saya; she smiled ~, dia tersenyum seolah-olah menggoda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incredulousadj tdk percaya; (attrib), (seolah-olah) tdk percaya: he was ~ at first, pd mulanya, dia seolah-olah tdk percaya; she gave him an ~ smile, dia tersenyum seolah-olah tdk percaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
if~ only, kalaulah: ~ only she new, kalaulah dia tahu; as ~, seolah-olah, seakan-akan: he acts as ~ he is the boss, dia berlagak seolah-olah dia ketua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apologeticadj 1. containing an apology, meminta maaf: to write an ~ letter, menulis surat meminta maaf; ~ pleas, rayuan utk meminta maaf; 2. showing, expressing apology, seolah-olah meminta maaf: he gave me an ~ smile, dia tersenyum seolah-olah meminta maaf kpd saya; to speak in an ~ voice, bercakap dgn suara seolah-olah meminta maaf; 3. willing, anxious to apologize, a. (at specif instance) meminta maaf; b. (by nature) suka meminta maaf: she was ~ about the mistake, dia meminta maaf krn kesalahan itu; he is always so ~, dia selalu suka meminta maaf.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ifn (in pl) kalau-kalau: no more ~s and buts, tdk ada kalau-kalau dan tapi-tapi lagi; it /is, was, etc/ as ~, seolah-olah, seperti: it was as ~ the whole city was on fire, seolah-olah seluruh bandar itu sedang terbakar; it /is, was, etc/ not as ~, bukan: it’s not as ~ he doesn’t now I’m here, bukan dia tdk tahu saya ada di sini; ~ it were not for, kalau tdk krn: ~ it were not for Nasir, I would be dead now, kalau tdk krn Nasir, saya sudah mati sekarang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
broilvi 1. be cooked by direct heat, dipanggang: while the meat ~ed, sementara daging itu dipanggang; 2. become extremely hot, seolah-olah dipanggang: everybody ~ed in the sun, semua orang seolah-olah dipanggang di bawah cahaya matahari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laboriousadj 1. requiring great exertion, effort, menjerihkan, memerihkan: carrying bricks is ~ work, mengangkut bata merupakan kerja yg menjerihkan; 2. (liter.) seolah-olah dipaksa-paksa: he has a ~ style of writing, gaya penulisannya seolah-olah dipaksa-paksa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hang~ by, tergantung-gantung pd: he was discovered along the cliff ~ing by a thick rope, dia dijumpai di tepi tebing tergantung-gantung pd tali yg tebal; ~ by a /hair, (single) thread/, seolah-olah bergantung pd sehelai rambut: his life hung by a hair, nyawanya seolah-olah bergantung pd sehelai rambut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
duchessn duchess: she behaves as though she were a ~, dia berlagak seolah-olah dia seorang duchess.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intrudevi mengganggu: they made me feel as though I was intruding, mereka membuat saya berasa seolah-olah saya mengganggu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas