Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang mengerip; jenis-jenisnya: ~ air = ~ lembah, Rattus muelleri; ~ bandar = ~ mondok, Rattus norvegicus; ~ rumah, Rattus rattus; ~ sawah, Rattus argentiventer, dll; ~ belanda sj binatang mengerip yg rupanya seakan-akan arnab tetapi lebih kecil, marmut, Cavia porcellus; dimakan ~ bp diambil (dicuri) orang sedikit demi sedikit; awak ~ hendak menampar kepala kucing prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dicita-citakan atau diharap-harapkan; bagai ~ mem-baiki labu prb orang yg mencuba mem­baiki sesuatu yg tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya; (labu) ditebuk (dikerebuk) ~ prb gadis yg sudah dinodai; marahkan ~, lengkiang dibakar prb kerana sakit hati akan sesuatu yg kecil maka melakukan sesuatu yg mendatangkan kerugian besar; rumah ter­bakar, ~ habis keluar prb apabila negeri ditim­pa sesuatu malapetaka, penduduknya drpd orang dagang pun keluarlah meninggal­kannya; spt ~ jatuh ke beras prb orang yg mendapat kedudukan yg mewah; spt ~ masuk roman prb orang yg berasa kecewa kerana tidak mendapat spt yg diharapkannya; menikus mendiamkan diri (tidak berkata-kata atau membantah kerana takut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akar ~ sj tumbuhan (pokok meman­jat), akar hitam, akar kekala, Ventilago malaccensis; rotan ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), rotan bini (diri), Flagellaria indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : burung ~ sj burung, Locustella lanceolata; lang ~ sj burung helang, lang (helang) sewah, Elanus c. caeruleus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbagai-bagai jenis binatang yg mengunggis. ~ ambang bulan Echinosorex gymnurus. ~ babi Hylomys suillus. ~ belanda binatang mengunggis yg rupanya seakan-akan rupa arnab tetapi lebih kecil, Cavia cobaya. ~ hutan Rattus rattus jalorensis. ~ kecil Rattus exulans. ~ kesturi Sorex spp.. ~ mondok Rattus norvegicus. ~ rumah Rattus rattus diardii. ~ tanah (sawah) Rattus rattus argentiventer. menikus ki mendiamkan diri dan tidak berkata-kata atau tidak membantah kerana takut dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Tikus

Puisi
 

Tikus mondok berbaju kemeja,
     Naik ke balai memetik kecapi;
Adik tunduk malukan siapa,
     Malu ke abang belum biasa lagi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Marahkan tikus rengkiang dibakar.

Bermaksud :

Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dormousen sejenis tikus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brown ratn tikus perang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
guinea-pign 1. (animal) tikus belanda, marmut; 2. person or animal used in some kind of test, mangsa percubaan; (in laboratory experiment) mangsa uji kaji.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exterminatevt wipe out, menghapuskan: to ~ rats and termites, menghapuskan tikus dan anai-anai; they ~d the inhabitants of the whole village, mereka menghapuskan semua penduduk di kampung itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gnaw~ st /away, off/, menggerogot: rats ~ed off one of the louvres in the door, tikus menggerogot salah satu drpd ram pintu itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brainvt kill by dashing out the brains of, memecahkan kepala: she ~ed the rat with a spade, dia memecahkan kepala tikus itu dgn penyodok.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
experimentvi 1. test to demonstrate known facts, membuat /uji kaji, eksperimen/: to ~ on mice, membuat uji kaji pd tikus; 2. make an attempt at st new, bereksperimen: the authorities are ~ing with a new system of traffic control, pihak berkuasa sedang bereksperimen dgn satu sistem baru kawalan lalu lintas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
baitvt 1. put bait on, in (st) membubuh umpan /pd, di dlm/: to ~ a hook with worms, membubuh umpan cacing pd mata kail; to ~ a mousetrap, membubuh umpan di dlm perangkap tikus; 2. torment, tease (person) menyeksa jiwa: the older students ~ed the new ones unmercifully, penuntut lama menyeksa jiwa penuntut baru tanpa belas kasihan; 3. harrass (chained animal) with dogs, menyeksa: the dogs were let loose to ~ the chained bear, anjing-anjing itu dilepaskan utk menyeksa beruang yg dirantai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas