Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dang] | ادڠ

Definisi : adang-adang penyekat (yg me­misah­kan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan jangan­lah dicari-cari; sungguhpun kawat yg di­bentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguh­pun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dang] | ادڠ

Definisi : Id; ~ ... ~ ... kadang ... kadang ...; ~ makan ~ tidak kadang makan kadang tidak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dang] | ادڠ

Definisi : ; adang-adang sesuatu yg digunakan utk menyekat (biasanya pintu); penyekat: ~ pintu penyekat di muka pintu. mengadang 1 mengadakan rintangan atau halangan dgn mendepangkan tangan dll; menghalang; menyekat: Budak-budak nakal telah ~ jalan itu dgn dahan-dahan kayu. 2 menunggu dgn maksud hendak menyerang hendap. mengadangkan menjadikan sesuatu sbg adang-adang: ~ tangan mendepangkan tangan utk menghalang orang dll. pengadang 1 sesuatu yg mengadang; perintang. 2 orang yg mengadang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adang


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
carvedadj 1. fashioned by cutting, chiselling, etc, diukir: ~ wooden figures, patung-patung kayu yg diukir; 2. adorned with cut design etc, berukir, dihiasi ukiran: a ~ screen, adang-adang yg berukir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
guard-railn rel adang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hoardingn 1. temporary fence, dinding adang; 2. billboard, papan iklan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dentn (tempat) lekuk; (in metallic surface) (tempat yg) kemik: ~s in the wooden floor, tempat-tempat lekuk pd lantai papan; there is a ~ in his hat, ada lekuk pd topinya; to repair the ~ in the mudguard, membaiki tempat yg kemik pd adang lumpur; make a ~, (fig.) meninggalkan kesan: the drought made no appreciable ~ in overall production, kemarau itu tdk meninggalkan kesan yg besar pd keseluruhan pengeluaran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
guardn 1. a. person who watches over or protects so., st, pengawal: he was stopped by the ~ on the gate, dia ditahan oleh pengawal yg sedang berjaga di pintu pagar itu; the robbers shot the ~ and grabbed the bags of money, perompak-perompak itu menembak pengawal dan merampas beg-beg yg berisi duit; security ~, pengawal keselamatan; b. (esp US) warder, wadar; c. (UK) officer in charge of a railway train, pengawal; 2. the ~, group of soldiers who guard so. or st, barisan pengawal: the changing of the ~, pertukaran barisan pengawal; 3. the G~s, (UK and some other countries) troops employed to protect the sovereign, Pengawal: the Grenadier G~s, Pengawal Grenadier; 4. a. part of machine etc designed to prevent injury, adang; b. st that protects part of body from injury, pelapik, gad: shin ~, pelapik tulang kering;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas