Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ah.li] | اهلي

Definisi : 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~; ~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepe­nuh­nya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mem­punyai hak bersuara dan hak dipilih utk meme­gang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi ang­gota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju; mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah; keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ah.li] | اهلي

Definisi : , ahlil, ahlu, ahlul kaum, orangnya (terutama dlm rangkaian kata Arab); ~ bait isi rumah; ~ kitab kaum yg berkitab suci (orang atau kaum yg mengikuti ajaran agama yg terkandung di dlm kitab-kitab Injil, Taurat, dan Zabur); ~ kubur orang-orang yg telah meninggal dunia; ~ nujum orang yg pandai meramalkan sesuatu (dgn melihat bintang, tapak tangan, dll); ~ suluk orang yg faham atau melakukan suluk; ~ sunah (waljamaah) kaum Islam yg menurut ajaran hadis Nabi Muhammad SAW. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ah.li] | اهلي

Definisi : 1 orang yg mahir dlm sesuatu bidang; pakar: ~ sains; ~ bahasa. 2 anggota sesuatu pertubuhan dsb. ~ bersekutu anggota sesuatu pertubuhan yg haknya terbatas (spt tidak boleh mengundi, tidak boleh dipilih). ~ biasa anggota sesuatu pertubuhan yg mempunyai hak mengundi dan juga hak dipilih. ~ falak orang yg pakar ttg ilmu bintang. ~ fitrah manusia yg hidup antara dua nabi atau rasul dan tidak sampai kpd mereka syariat mana-mana rasul. ~ jawatankuasa orang yg dipilih utk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dsb). ~ kabinet anggota jemaah menteri. ~ kehormat orang yg diterima menjadi anggota sesuatu pertubuhan dsb kerana jasa-jasanya atau utk menghormatinya. ~ kubur orang-orang yg telah meninggal. ~ parlimen orang yg dipilih oleh rakyat utk menjadi wakil mereka di parlimen; wakil rakyat. ~ sunah (sunah wal-jamaah) orang Islam yg berpegang teguh pd ajaran dan perbuatan Nabi Muhammad SAW. ~ utama orang yg menganggotai sesuatu badan ilmiah atau ikhtisas yg tertinggi. ~ waris orang-orang yg berhak mewarisi pusaka. keahlian 1 kemahiran atau kepandaian dlm sesuatu bidang; kepakaran. 2 hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli

Peribahasa

Tertawa dalam perkabungan.

Bermaksud :

Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
floorthe ~, (Parl) ahli-ahli Dewan; (otherwise) para hadirin: are there any questions from the ~?, ada soalan drpd para hadirin?; the ~ is yours, saudara boleh bercakap sekarang; cross the ~, menyebelahi pihak lawan; have the ~, telah diberi izin utk berucap; be given the ~, diberi izin utk berucap; hold the ~, bercakap terus-menerus: once Sofia started talking about clothes, she held the ~ for more than an hour and no one could stop her, apabila Sofia mula bercakap ttg pakaian, dia bercakap terus-menerus selama satu jam lebih, dan tdk ada sesiapa pun yg dapat membuat dia berhenti; on the ~ of the House, di dlm Dewan; take the ~, a. begin dancing, mula menari; b. start speaking in a debate, mula berucap; wipe the ~ with so., (colloq) menumpaskan sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disaffectedadj tdk puas hati: the ~ members did not attend the meeting, ahli-ahli yg tdk puas hati itu tdk menghadiri mesyuarat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adulatevt menyanjung-nyanjung, terlalu memuji-muji: the party members ~d their leader, ahli-ahli parti ini terlalu memuji-muji pemimpin mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
launch 1 ~ into, mula + approp v: the panel ~ed into a heated debate, ahli-ahli panel itu mula berdebat dgn hangatnya; ~ so. into, menceburkan sso dlm: her inheritance enabled her to ~ herself into a career in advertising, harta peninggalan itu membolehkannya menceburkan diri dlm kerjaya pengiklanan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dominationn penguasaan, dominasi: he had complete ~ over the other members, dia mempunyai penguasaan penuh thdp ahli-ahli lain; during the Spanish ~ of South America, semasa penguasaan Sepanyol ke atas Amerika Selatan; gain ~ over, menguasai, mendominasi: Hitler attempted to gain ~ over Europe, Hitler mencuba menguasai Eropah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feel~ so. out, merisik-risik pendapat sso: to ~ out the members of the committee about the new appointments, merisik-risik pendapat ahli-ahli jawatankuasa ttg pelantikan baru itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
contactkeep in ~ with, sentiasa berhubung dgn: he tried to keep in ~ with the other members, dia sentiasa mencuba berhubung dgn ahli-ahli lain; lose ~, putus hubungan; make ~ (with ), /membuat hubungan, berhubung/ melalui: they made ~ by radio, mereka membuat hubungan melalui radio;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lay 3 adj 1. not belonging to the clergy, bukan paderi: the ~ members of the church, ahli-ahli bukan paderi di gereja itu; 2. non-professional, amateur, orang awam: for the ~ mind, such a concept is difficult to comprehend, pd fikiran orang awam, konsep yg sedemikian sukar difahami.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
equatevt menyamakan: we cannot ~ man with machine, kita tdk boleh menyamakan manusia dgn jentera; the unionists ~ employers with capitalists, ahli-ahli kesatuan sekerja menyamakan majikan dgn kaum kapitalis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beat~ so. back, memaksa sso berundur, menyebabkan sso terpaksa berundur: the huge flames ~ the firemen back, api yg menjulang-julang itu memaksa ahli-ahli bomba berundur; ~ down, memancar terik ke: the sun ~ down on our backs, matahari memancar terik ke belakang kami; ~ so. down to, membuat sso /menurunkan, mengurangkan/ harga ke: he wanted $8,000 for his car but I managed to ~ him down to $ 5,000, dia meminta $8,000 utk keretanya tetapi saya berjaya membuat dia menurunkan harga ke $5,000; ~ st down, a. flatten st by descending heavily, merebahkan, meranapkan: the paddy had been ~en down by the rain, pohon padi itu telah direbahkan oleh hujan; b. reduce price by argument etc, /menurunkan, mengurangkan/ sst, menyebabkan sst turun: fierce competition among sellers will inevitably ~ the price down, persaingan hebat antara penjual tdk dapat tdk akan menurunkan harga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas