Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.si] | اکسي

Definisi : 1. gerakan (perkumpulan politik dll), gerak langkah: perkumpulan gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan; 2. Id tindakan bersenjata: ~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia; 3. tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak: ia memukul bantal dgn kedua-dua belah tangannya, satu ~ yg menampak­kan kesal; ~ sbg orang kaya; banyak ~ sangat berlagak, suka berlagak; 4. elok (pakaian, tingkah laku): ~ benar songkoknya; beraksi 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak, berting­kah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya lambat, hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja hendak menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ak.si] | اکسي

Definisi : 1 tingkah laku (sikap, gerak-geri) yg dibuat-buat. 2 tindakan; gerakan. beraksi 1 bertingkah laku yg dibuat-buat; berlagak. 2 bergerak melakukan sesuatu; bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aksi

Peribahasa

Bagaimana bunyi gendang,
     begitulah tarinya.

Bermaksud :

Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
featn 1. (achievement) hasil [sst] yg /mengagumkan, menakjubkan/: a ~ of engineering, hasil kejuruteraan yg mengagumkan; 2. (action) aksi [sst] yg /mengagumkan, menakjubkan/: to perform ~s of strength, melakukan aksi kekuatan yg menakjubkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ham 2 n 1. (theatr) a. also ham actor, pelakon /lebih aksi, lampau/; b. also ham acting, lakon lampau; 2. also radio ham, operator of amateur radio, jururadio amatur; (attrib), (radio) amatur: ~ radio stations, stesen radio amatur; ~ license, lesen radio amatur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
actionn 1. process or state of acting, tindakan, bertindak: an emergency that requires immediate ~, keadaan cemas yg memerlukan tindakan segera; freedom of ~, kebebasan bertindak; a man of ~, orang yg banyak bertindak; 2. act, deed, tindakan, perbuatan: to judge a man by his ~s, menilai sso drpd tindakannya; 3. movement, gerak-geri: the suspect’s every ~ was closely watched, setiap gerak-geri orang yg disyaki itu diawasi dgn teliti; 4. operation, cara [sst] berfungsi, jalannya: describe the ~ of a gear, huraikan cara gear berfungsi; 5. effect, tindakan: the ~ of acid on metal, tindakan asid atas logam; 6. (in a play, film, etc) aksi: a film full of ~, filem yg penuh aksi; 7. legal proceeding, tindakan (undang-undang): civil ~, tindakan sivil; 8. combat, pertempuran: killed in ~, terbunuh dlm pertempuran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas