Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ku] | اکو

Definisi : kata ganti nama diri pertama (selalu digunakan dlm perhubungan yg akrab antara sesama kawan dan antara manusia dgn Allah tetapi agak kasar jika digunakan ketika berbicara dgn orang yg harus dihormati). beraku menyebut “aku” sbg kata ganti nama diri pertama: Tidak sopan jika kita ~ apabila bercakap dgn orang-orang tua. mengaku 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. mengakui 1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh. memperakukan menjadikan sesuatu dpt diakui (kebenarannya dll): Pihak Sirim perlu ~ mutu setiap barang keluaran dlm negara. akuan segala sesuatu yg diakui: ~nya itu telah ditolak kerana tidak disertai keterangan yg cukup. perakuan hasil atau hal memperakukan: ~ pihak Sirim perlu didapatkan sebelum sesuatu barang boleh dijual kpd pengguna. pengakuan hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aku

Puisi
 

Jeling-jeling paku,
     Paku masak lemak;
Siapa jeling aku,
     Aku cakap pada emak.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Aku alah engkaulah menang.

Bermaksud :

Tidak mahu mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
laughdon’t make me ~, (colloq), (irony) ketawa /aku, saya/ dibuatnya: you think my trip abroad will be a holiday? Don’t make me ~, I have to work the whole time, kamu fikir saya pergi keluar negeri itu utk berseronok-seronok? Ketawa saya dibuatnya, saya sebenarnya terpaksa bekerja sepanjang masa; you’ ve (got) to ~, (colloq) sso /ketawa, gelak/ juga: I know it’s a problem. But you’ve to ~ when you think about it, saya tahu itu satu masalah. Tetapi kita ketawa juga apabila memikirkannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Ipron (fml, polite) saya; (familiar) aku; (colloq between equals) I; (of royalty) beta; (used when addressing royalty) patik; (humble, liter.) hamba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
helpinterj tolong: ~! I can’t stand it much longer, tolong! Aku tak tahan lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hasslevt (colloq) bother, mengganggu: don’t ~ me, jangan ganggu aku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heckn (colloq & euphem) alamak: oh ~! I forgot the keys again, alamak! Aku terlupa lagi kunci; a ~ of a, betul: you've been gone a ~ of a long time, lama betul kamu pergi; what the ~, (indic that one does not care) peduli apa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goshinterj (colloq), [various translations]: ~ he’s so big!, wah, besar betul budak ini!; ~, I’m late!, alamak, aku dah lambat!; ~, that’s a lot of money for an ice-cream!, amboi, mahalnya aiskrim ini!.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fuckinterj (taboo & offensive outside intimate circles); ~ (it, you) puki mak; (less strong) babi , celaka, sial: ~ you! Leave me alone!, babi engkau! Jangan kacau aku!; ~ this TV! Why won’t it work?, puki mak TV ini! Kenapa tak mahu hidup?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
immobileadj 1. unable to move, tdk dapat bergerak: after removal of the battery the car will be ~, setelah bateri dikeluarkan kereta itu tdk akan dapat bergerak; 2. motionless, terpaku, tdk bergerak-gerak; (of face, feature) aku: the old man sat ~ in his chair, orang tua itu duduk terpaku di kerusinya; her face remained ~, mukanya tetap aku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
earfuln; get an ~, (colloq) kena leter, dileteri; give so. an ~, memarahi sso; have had an ~ (of st), (colloq) sudah /bosan, muak, jemu/ (dgn sst): I’ve had an ~ of your complaints, aku sudah bosan dgn rungutanmu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dragn 1. also drag-net, pukat tarik; 2. (sl) st that is boring or a nuisance, tak seronok: living with my folks is such a ~, tak seronok tinggal dgn orang tua aku; 3. (sl) so. who is boring or a nuisance, [various translations]: don’t be such a ~ – one drink won’t hurt you, jangan kolot sangat – minum satu gelas tak akan jadi apa-apa; 4. (resistance of air) seretan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas