Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.las] | الس

Definisi : I 1. sesuatu yg menjadi lapik tempat meletakkan sesuatu yg lain, tempat berdiri sesuatu, asas, dasar; ~ cawan tempat diletak­kan cawan, piring; ~ tiang asas tempat ber­dirinya tiang; 2. kain dsb yg digunakan utk menutup sesuatu (spt meja dll), lapik, tutup; ~ bantal sesuatu yg ditaruh di atas bantal (jikalau tidak bersarung); 3. (Kej) bahagian-bahagian di dlm enjin yg memusingkan suatu gandar atau yg memegang gandar yg ber­pusing; ~ baju lapik baju; ~ cap ark wang yg harus dibayar kpd pegawai sultan yg membuat nas­khah; ~ kaki sesuatu (spt tikar atau bangku) tempat meletakkan kaki (sewaktu sedang duduk di kerusi dsb); ~ kata ki kata pendahu­luan; ~ kubur orang yg memikul kesalahan orang lain; ~ meja lapik meja, kain penutup meja; ~ muatan tolak bara (pemberat sbg pengimbang) di bawah muatan perahu; ~ perut makan pagi, sarapan sekadar menghilangkan rasa lapar; ~ peti tutup peti; ~ rumah ark asas rumah (dasar rumah); ~ ternang bokor tempat diletakkan bekas air (spt teko dll); jadi ~ cakap utk sagu hati kerana jasa yg telah di­sum­bangkan; beralas 1. memakai alas, berlapik: cawan yg tidak ~; meja-meja itu belum ~ lagi; 2. mempunyai asas (sbg bukti, keterangan, dsb), berasas: kata-katanya tidak ~; 3. ki (bkn cakap) berhati-hati menggunakan kata-kata supaya tidak menyinggung perasaan; beralaskan 1. mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg alas, berlapik: meja yg ~ kain putih; mangkuk yg ~ piring kuih; 2. mem­punyai (menggunakan dll) sbg asas, atas asas atau dasar, berasaskan: ia ditangkap ~ bukti-bukti yg nyata; mengalas, mengalasi memberi beralas, mem­­beri berlapik, berlaku sbg alas (lapik) kpd: ia berbaring dan tangannya ~ tengkuk­nya; ~ perut makan pagi; dialas bagai me­mengat prb apabila bercakap hendaknya setelah difikirkan terlebih dahulu; mengalaskan 1. menjadikan (meletakkan sbg) alas: ~ sehelai tikar di bawah meja; 2. mengasaskan (mendasarkan) pd: ~ tuduhan-tuduhan pd cakap orang sahaja; alasan 1. asas, dasar: kepentingan bersama adalah ~ utk menubuhkan suatu parti; 2. sesuatu (bukti, keterangan, dll) yg dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu (tindakan, pen­dapat, dll), sebab: apa ~ ia bertindak demi­kian?; jawatankuasa itu mempunyai ~ utk membuat keputusan itu; 3. yg dijadikan sbg alas: jalankan jentera di tengah-tengah kayu ~; beralasan mempunyai alasan, ada asasnya, berdasarkan alasan, berasas: ia tersenyum, kerana leteran emaknya itu ~ kesihatan; tuduhan-tuduhan yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.las] | الس

Definisi : Jw hutan: ~ yg sunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.las] | الس

Definisi : ; pengalasan Jw ark segolongan ter­tentu pegawai istana, pesuruh istana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.las] | الس

Definisi : sesuatu spt kain, kertas yg digunakan utk melapik atau utk tempat meletakkan sesuatu; lapik. ~ baju lapik baju. ~ bantal kain yg diletakkan di atas bantal yg tidak bersarung. ~ cawan piring. ~ kaki tikar atau bangku tempat meletakkan kaki. ~ meja kain dsb sbg penutup meja. ~ perut a. makanan yg pertama dimakan pd pagi hari supaya perut tidak masuk angin. b. makanan yg sedikit yg dimakan supaya tidak terlalu lapar. ~ tilam kain penutup tilam. beralas memakai alas; berlapik. beralaskan 1 menggunakan sesuatu sbg alas: Meja itu ~ kain putih. 2 ki menggunakan sesuatu sbg asas atau dasar (ketika memberikan pendapat): Tuduhan itu hanya ~ bukti-bukti palsu. mengalas memberi beralas; melapik: Emaknya ~ meja makan dgn sehelai kain putih. mengalasi menjadi sbg alas kpd: Sehelai tikar ~ tilamnya. mengalaskan 1 meletakkan atau menjadikan sesuatu (tikar dll) sbg alas kpd: Dia ~ sehelai tikar di bawah tilam anaknya. 2 mendasarkan pendapat (tindakan dll) pd; menjadikan sesuatu sbg dasar. alasan sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alas

Peribahasa

Akan pembasuh kaki (= tangan).

Bermaksud :

Hadiah kepada orang yang berjasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi alas cakap).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
groundsheetn tarpal alas tanah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
doormatn 1. /alas, pengesat/ kaki; 2. (fig.), (orang yg dianggap) spt tunggul.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
candlewickn candlewick: a ~ bedspread, alas katil candlewick.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bibn cloth worn under child’s chin, /lapik, alas/ dada;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ginghamn (kain) /genggang, gingam/: a ~ table-cloth, alas meja kain genggang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crochetvt mengait: to ~ a table-cloth, mengait alas meja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chequeredadj 1. bercorak /dam, damdam, petak-petak, kotak-kotak/: a ~ table-cloth, alas meja yg bercorak dam; 2. (fig.) turun naik: a ~ career, kerjaya yg turun naik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grimyadj kotor(-bolor): a ~ kitchen sink, sink dapur yg kotor-bolor; a ~ table-cloth, alas meja yg kotor.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damaskadj 1. coloured like damask rose, merah jambu; 2. made of damask silk, steel, etc, damask: ~ table-cloth, alas meja damask; ~ sword, pedang damask;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call7. appeal, seruan: to answer the ~ of the country, menyahut seruan negara; a ~ for the restoration of traditional values in our society, seruan utk menghidupkan kembali nilai-nilai tradisional dlm masyarakat kita; 8. demand, permintaan: not much ~ for embroidered table cloths these days, tdk banyak permintaan utk alas meja bersulam pd masa ini; 9. need, perlu: there is no ~ for you to get angry, kamu tdk perlu naik marah; 10. allure, panggilan, seruan: the ~ of the sea, panggilan laut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas