[al.ka.li] | الکالي
Definisi : (Kim) bahan yg meneutralkan asid utk membentuk garam dan boleh menukarkan kertas litmus merah menjadi biru; beralkali berkaitan dgn, mempunyai sifat, atau mengandungi alkali: larutan ~; garam ~; mengalkalikan menjadikan atau menyebabkan beralkali; kealkalian darjah sesuatu larutan akueus itu bersifat alkali; pengalkalian perihal (proses atau perbuatan) mengalkalikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[al.ka.li] | الکالي
Definisi : ist sebatian (spt ammonia, soda) yg apabila bertindak balas dgn asid membentuk garam; sebatian dlm bentuk larutan yg dpt meneutralkan asid. beralkali terdapat alkali di dlmnya atau mempunyai sifat-sifat spt alkali. mengalkalikan mencampurkan alkali pd sesuatu; menjadikan sesuatu berbentuk alkali. kealkalian keadaan beralkali (kerana banyak ion hidroksida di dlmnya. pengalkalian proses, perbuatan dsb mengalkalikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)