Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lun] | الون

Definisi : ombak yg memanjang dan tidak meme­cah, ombak yg bergulung-gulung: perahu itu berayun-ayun dilenggang ~; beralun, beralun-alun 1. berombak me­man­jang: air laut yg ~; padi di sawah ~-alun ditiup angin; 2. berbentuk tinggi rendah spt ombak (bkn rambut), berombak-ombak, ikal: bahan-bahan pemeliharaan rambut men­­jadi­kan rambut berseri, bermaya dan ~; 3. berlagu atau berirama tinggi rendah, turun naik rentaknya (bkn suara); mengalun, mengalun-alun 1. mengom­bak memanjang, mengombak membuai-buai; 2. berirama tinggi rendah, beralun: suara azan ~ ke udara; mengalunkan menjadikan sesuatu (suara, lagu, dll) beralun (berirama tinggi rendah): ~ suara menyanyikan sebuah lagu asli; alunan 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun: olengan kapal, ~ gelombang me­nye­bab­kan kepalanya pening; 2. irama atau rentak tinggi rendah: ~ suara biduanita yg terkenal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lun] | الون

Definisi : ombak kecil yg memanjang dan tidak memecah: Perahu yg hanyut itu terkatung-katung di atas ~. beralun 1 terdapat atau ada alunnya. 2 berbentuk spt ombak (bkn rambut): Syampu itu boleh menjadikan rambut berseri dan ~. 3 berirama tinggi rendah dan lembut (bkn suara, lagu dsb): suara yg ~. mengalun 1 mengombak berayun-ayun (ttg air laut dll). 2 turun naik dan lembut (ttg suara, bunyi): Suara azan ~ di udara memecahkan kesunyian pagi. mengalunkan menjadikan (suara, lagu dsb) mengalun: Penyanyi itu ~ suaranya yg merdu. alunan 1 gerakan yg spt alun; gerakan yg mengalun: ~ ombak. 2 rentak atau irama yg tinggi rendah dan lembut: ~ suara penyanyi itu mempesona para penonton. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alun

Puisi
 

Ambil kerusi dalam puan,
     Alun-alun tepi jeraya;
Sampai hati kakanda tuan,
     Dibuang lalu kepada saya.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
corrugatedadj ridged, berombak(-ombak), beralun-alun: ~ surface, permukaan beralun-alun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flutter4. wave rapidly and irregularly, beralun-alun sedikit; (of flame) bergedik-gedik; (of leaf) bergetar-getar: the flags of the member countries ~ed in the gentle breeze, bendera-bendera negara anggota beralun-alun sedikit ditiup angin sepoi-sepoi; as the bus accelerated, the edge of the curtain at the open window began to ~, apabila bas memecut, bahagian tepi langsir tingkap yg terbuka itu mula bergetar-getar; 5. palpitate, berdebar-debar: her heart ~ed at the sight of him, hatinya berdebar-debar melihat lelaki itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
corrugatevi bend into ridges, menjadi /berombak(-ombak), beralun-alun/: the road surface has ~d with use, permukaan jalan itu menjadi berombak-ombak krn kerap digunakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
corrugatevt form ridges in, mengombakkan, menjadikan [sst] /berombak(-ombak), beralun-alun/: earth movements ~d the flat land, pergerakan bumi mengombakkan tanah rata itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beachcombern 1. (person), /gelandangan, petualang/ di pantai, kutu pantai; 2. (wave), /gelombang, ombak/ yg mengalun ke pantai, alun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heavevi 1. rise and fall regularly, a. (of chest, shoulders, etc) turun naik: her bosom was still heaving with emotion, dadanya masih turun naik menahan perasaan; b. (of waves, the sea, etc) beralun-alun, berombak-ombak: the water ~d as though a submarine explosion had taken place, air itu beralun-alun seolah-olah letupan kapal selam telah berlaku; c. (of ship, boat) terlambung-lambung: the ship was heav__ing in the heavy seas, kapal itu terlambung-lambung di laut yg bergelora; 2. ret, mual, loya: his stomach ~s at the sight of blood, perutnya mual apabila melihat darah; 3. pant, terengah-engah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
draperyn 1. (UK) a. trade of draper, perniagaan kain; b. cloth, fabric, kain, tekstil; 2. (often in pl) a. cloth, hangings arranged in folds, gantungan kain yg beralun: the stage was decorated with draperies, pentas itu dihiasi gantungan kain yg beralun; b. clothing worn in graceful folds, baju yg beralun-alun: as she stood up, the wind fluttered her draperies, sewaktu dia berdiri, bajunya yg beralun-alun itu terkibar-kibar ditiup angin; 3. (in pl) thick curtains, tabir, langsir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fold1n 1. folded part or layer, lipatan: how many ~s can you make in this piece of paper?, berapa lipatan yg boleh kamu buat dgn kertas ini?; 2. line, hollow etc made by folding, lipatan; (of skin) pelipat: the letter was hidden in the ~s of her skirt, surat itu disembunyikan dlm lipatan skirtnya; /fall, hang, etc/ in ~s, beralun-alun: the dress fell in ~s to the floor, bajunya beralun-alun labuh hingga mencecah lantai; 3. hollow in hill, mountain, etc, lekuk: farmhouses hidden away in the ~s of the Pennine Hills, rumah-rumah petani yg tersorok dlm lekuk-lekuk Bukit Pennine; 4. (geol) lipatan: ~ system, sistem lipatan; ~ mountains, gunung lipat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas