Definisi : ; mengampu 1. sl menahan di bawah (dgn telapak tangan), menyokong dr bawah (supaya tidak jatuh, runtuh, dsb): kain baju diampu oleh hamba raja; 2. sl = mengampu-kan memerintah (negeri, kerajaan): yg pertama ~ negeri Pasai ialah Sultan Malikul-Saleh; 3. ki mengangkat, menyanjung (utk menyukakan seseorang supaya mendapat sesuatu faedah daripadanya): siapa yg pandai ~nya akan mendapat segala sesuatu daripadanya; ~ bodek bk mengangkat (supaya mendapat sesuatu); pengampu 1. penahan, penyangga, penyokong; ~ susu baju dalam perempuan, coli, kutang; 2. orang yg memerintah negeri; 3. orang yg menjaga keselamatan seseorang, wali, orang tua; 4. orang yg mengangkat-angkat (suka menyanjung) seseorang, orang yg mengampu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)