Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na/] | انق

Definisi : 1 baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa; keturunan yg kedua: ~nya belum bersekolah lagi. 2 manusia yg masih kecil. 3 binatang atau pokok yg masih kecil. 4 orang yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah: ~ Pahang; ~ Perak. 5 sesuatu yg lebih kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ jari. ~ Adam manusia. ~ angkat anak yg diambil dan dianggap sbg anak sendiri. ~ ayat ayat kecil yg ada subjeknya serta predikatnya tetapi menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; klausa. ~ baju baju dalam. ~ bini (isteri) anak dan isteri. ~ buah a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. ~ dacing batu penimbang pd dacing. ~ damak peluru sumpitan. ~ dapat anak yg diambil atau dipungut dr tepi jalan dan dijaga spt anak sendiri. ~ dara (gadis) anak perempuan yg sudah akil baligh tetapi belum berkahwin; perawan. ~ didik seseorang yg dididik, dibimbing atau dilatih supaya cekap dlm mengendalikan sesuatu atau mahir dlm sesuatu bidang. ~ haram (gampang) anak yg dilahirkan luar nikah. ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat, kampung, negeri dsb. ~ kandung anak sendiri. ~ kapal pekerja dlm kapal. ~ kunci alat utk membuka kunci. ~ lidah (tekak) daging yg terjuntai pd pangkal kerongkong. ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu dan bapanya; anak haram. ~ mata bahagian yg kecil dan bulat di tengah-tengah bola mata. ~ muda orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. ~ murid orang yg masih belajar di sekolah dsb. ~ pagar tiang pagar. ~ panah peluru panah. ~ patung barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. ~ saudara anak kpd saudara. ~ serigala pasukan pengakap bagi kanak-kanak yg berumur bawah 12 tahun. ~ sulung anak yg tertua. ~ sumbang anak hasil drpd perbuatan sumbang antara orang-orang yg haram berkahwin. ~ sungai sungai yg kecil. ~ tangga bahagian tangga yg dipijak. ~ telinga bahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis. ~ teruna pemuda. ~ timbangan batu (besi) dgn berat tertentu sbg pengukur berat barang yg ditimbang. ~ tunggal satu-satunya anak kpd sepasang suami isteri. ~ yatim anak yg bapanya sudah meninggal. anak-anak 1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. beranak 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. memperanakkan melahirkan (anak): Dia diperanakkan di negeri Kedah. keanak-anakan spt anak-anak (ttg kelakuan): Kelakuannya masih ~ walaupun usianya sudah lanjut. peranakan 1 pundi-pundi tempat anak dikandung dlm perut; rahim. 2 keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(627)
Peribahasa

Anak harimau takkan menjadi anak kambing.

Bermaksud :

Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).

 

Lihat selanjutnya...(181)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
broodn 1. family of young animals from one hatching, anak-anak: our hen has a new ~, ayam betina kami ada anak-anak yg baru menetas; 2. (derog or humorous) family of children, anak-anak: a mother looking after her ~, seorang ibu yg menjaga anak-anaknya; 3. group having common nature, kumpulan: a ~ of junkies, sekumpulan penagih dadah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chickn 1. young of any bird, anak, anak + equivalent for parent bird: two ~s nestling in the nest, dua ekor anak murai [anak merpati, anak kenari, as approp] dlm sarangnya; a sparrow feeding its ~s, burung pipit sedang memberi anaknya makan; three lost ~s looking for their mother, tiga ekor anak ayam yg sesat sedang mencari ibunya; 2. (sl) young woman, si genit, si manis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dolln 1. (toy) anak patung, anak-anak: a ~’s house, rumah anak patung; 2. (colloq), (often derog) pretty and frivolous young woman, gadis genit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
homelessadj tiada tempat berteduh: ~ orphans, anak-anak yatim yg tiada tempat berteduh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ill-treatvt menganiaya: he ~s his stepchildren, dia menganiaya anak-anak tirinya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
custodialadj penjagaan: orphanages should take on more than a ~ role, rumah anak-anak yatim sepatutnya memainkan peranan yg lebih drpd hanya peranan penjagaan sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hail 1 ~ down on, menghujani: arrows ~ed down on the attackers, anak-anak panah menghujani penyerang-penyerang itu; ~ st down on so., menghujankan sst kpd sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
artificiallyadv 1. not naturally, secara buatan: chicks ~ hatched, anak-anak ayam yg menetas secara buatan; 2. insincerely, affectedly, secara dibuat-buat: to laugh ~, ketawa secara dibuat-buat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adorableadj 1. lovable, menawan hati: an ~ child, seorang anak yg menawan hati; ~ little kittens, anak-anak kucing yg menawan hati; 2. charming, cantik: what an ~ hat!, (alangkah) cantiknya topi itu!.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
get~ off to sleep, tidur: the children got off to sleep early last night, anak-anak kita tidur awal malam tadi; ~ off st, a. alight from st, turun dr sst: they got off the train together, mereka turun dr kereta api bersama-sama; b. not walk, sit, drive, sail, etc on st, [various translations]: they were told to ~ off the grass, mereka diberitahu supaya jangan memijak rumput; we’d better ~ off the highway and take the road to Kajang, baik kita keluar dr lebuh raya dan mengambil jalan susur ke Kajang; ~ so. off,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas