Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nia.ya] | انياي

Definisi : perbuatan yg menyakiti atau menyeksa manusia atau binatang, kezaliman, penindasan, penyeksaan: raja yg berbuat ~ akan dibenci rakyat; menganiaya, menganiayai melakukan aniaya, menindas, menyeksa: apabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya, dia boleh meminta pertolongan drpd kadi;teraniaya telah dianiayai, diseksa, ditindas: fakir miskin tiadalah ~ di negeri itu; Allah tetap berada di pihak yg ~;penganiayaan perbuatan menganiayai, pe-nyeksaan, penindasan: dlm perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga; penganiaya orang yg menganiayai, penyeksa, penindas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.nia.ya] | انياي

Definisi : perbuatan yg dilakukan supaya orang lain menderita (melarat, sakit dsb): Allah mengutuk sesiapa yg berbuat ~ sesama makhluk. menganiaya melakukan sesuatu supaya orang lain menderita; menyeksa dgn tidak semena-mena: Orang-orang kaya dan orang-orang yg berkuasa tidaklah patut ~ rakyat yg lemah. teraniaya diperlakukan dgn sengaja atau dgn tidak sengaja sehingga menanggung derita. penganiayaan perbuatan menganiaya; penyeksaan. penganiaya orang yg menganiaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aniaya

Peribahasa

Seutas rotan ditarik,
     bergegar hutan belukar;
riuh bunyi kera dan lotong.

Bermaksud :

Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
framevt 1. provide with a frame, membingkaikan: to ~ a photograph, membingkaikan gambar; 2. serve as a frame, membingkaikan: long black hair ~d her face, rambut hitam yg panjang membingkaikan mukanya; stand ~d in the doorway, berdiri di ambang pintu; 3. compose, membuat, membentuk: the committee ~d a plan for dealing with the situation, jawatankuasa itu membuat rancangan utk mengendalikan keadaan; the law was ~ed to equalize the tax burden, undang-undang itu dibuat utk menyelaraskan beban cukai; he finds difficulty in framing his sentences properly, dia mendapati sukar utk membentuk ayat-ayatnya dgn betul; 4. (sl) put false charge against, (act.) buat aniaya pd; (pass.) kena aniaya: he was ~d for the murder, dia kena aniaya dituduh melakukan pembunuhan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas