Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sap] | اسڤ

Definisi : 1. gas yg kelihatan keluar dr benda yg dibakar (berkepul-kepul dsb naik ke udara); 2. = ~ air wap; ~ air mata = ~ tangis gas pemedih mata; ~ api asap yg keluar dr api; ~ belerang asap dr belerang (gunung berapi); ~ kemenyan asap yg keluar apabila kemenyan dibakar; belum dipanjat ~ kemenyan prb belum ber­kahwin; menggantang ~ (mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b) berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mung­kin dicapai);berasap 1. mengeluarkan asap, ada asap; 2. diselubungi oleh kabus; dapur tidak ~ prb miskin sekali; telah ~ hidungnya prb telah beroleh keuntungan se­sudah lama menderita kekurangan;mengasap 1. menjadi asap; 2. = mengasapi; mengasapi 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan, meng­harum­kan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat bara utk ~ rumahnya; ~ daging mengeringkan daging dgn asap; ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn me­ngenakan asap dupa; pengasapan perihal (perbuatan) mengasapi; perasap, perasapan tempat membakar ke­menyan dll, pedupaan: ia menyuruh aku me­masang ~ dan memasukkan sedikit setanggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sap] | اسڤ

Definisi : wap yg di dlmnya terdapat karbon dan kelihatan keluar dr benda-benda terbakar. ~ air sj gas yg keluar dr air yg mendidih. ~ api asap yg keluar dr api. ~ belerang asap yg keluar dr belerang gunung berapi. ~ kemenyan asap yg keluar dr kemenyan yg dibakar. ~ rokok asap dr rokok yg dihisap. berasap mengeluarkan asap; ada asapnya. mengasapi mengenakan asap pd sesuatu supaya masak (kering, harum dsb). ~ daging menyalai daging. ~ getah mengeringkan getah dgn asap. ~ nyamuk menghalau nyamuk dgn asap. ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn asap setanggi dsb. perasapan tempat membakar kemenyan dsb. pengasapan hal (cara, perbuatan dsb) mengasapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asap

Puisi
 

Asap tinggi ngulung-ngulung,
     Anak buaya menggonggong bangkai;
Harap hati nak memeluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Menggantang asap,
     mengukir langit.

Bermaksud :

Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
filledadj penuh (dgn): a smoke ~ room, bilik yg penuh asap; tear ~ eyes, mata yg bergenang (air mata).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
detectorn pengesan: a lie ~, pengesan bohong; smokes ~, pengesan asap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fumen (usu in pl), a. (pungent, toxic vapour or gas) wasap; b. (pungent, toxic smoke) wasap; (pop.) asap: petrol ~s pollute the air, wasap petrol mencemari udara; a fireman was overcome by ~s from the fire, seorang ahli bomba pengsan akibat tdk tahan dgn asap kebakaran itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grimevt mengotori: smut from the chimneys has ~d the ceiling, jelaga dr corong asap telah mengotori siling rumah itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blackenvt 1. make black, menghitami: smoke had ~ed the wall, asap telah menghitami dinding itu; clouds ~ed the sky, awan menghitami langit; 2. defame, menghitamkan, memburukkan, merosakkan: to ~ so’s reputation, menghitamkan nama baik sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ascendingadj 1. rising upwards, sedang naik: the ~ smoke drifted westward, asap yg sedang naik itu beredar ke barat; 2. sloping upwards, mendaki, memanjat, naik meninggi: an ~ footpath, jalan kecil yg mendaki; 3. (of plant) menaik, menjalar naik: an ~ stem,batang tumbuhan yg menaik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exhalevt menghembuskan: he lit his cigar and ~d clouds of smoke, dia menyalakan cerutnya dan menghembuskan kepulan asap; dragons are said to ~ fire, naga dikatakan menghembuskan api.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
denseadj 1. thick, tebal: a ~ thicket, belukar yg tebal; ~ smog, kabus asap yg tebal; 2. crowded, closely packed, penuh sesak; (of population) padat: a ~ crowd, orang ramai yg penuh sesak; 3. (phys) tumpat: gold is more ~ than silver, emas lebih tumpat drpd perak; 4. stupid, bodoh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fieryadj 1. flaming with fire, berapi: ~ clouds of smoke billowed from the burning building, kepulan asap yg berapi keluar bergumpal-gumpal dr bangunan itu; 2. hot as fire, panas /macam, spt/ api: her forehead was ~ to the touch, dahinya panas macam api apabila disentuh; 3. blazing red, merah menyala: a ~ sunset, matahari terbenam yg merah menyala; a drunken farmer with a ~ red face, petani yg mabuk yg mukanya merah menyala; 4. (of eyes) flashing, berapi-api, bernyala-nyala; 5. producing a burning sensation, pedas berdesing: a ~ curry, kari yg pedas berdesing; 6. passionate, spirited, berapi-api: a ~ speech, ucapan yg berapi-api; his ~ temper, kemarahannya yg berapi-api.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hazen 1. (meteorol) jerebu; 2. cloudy appearance, kabut: a ~ of smoke, kabut asap; 3. vagueness, obscurity of the mind, kekaburan, kabur: although he had regained consciousness his mind was in a complete ~, walaupun dia telah sedar semula, fikirannya kabur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas