Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tur] | اتور

Definisi : ; atur-atur; kayu ~ kayu mainan kanak-kanak yg disusun utk membentuk sesuatu (spt rumah dll); beratur 1. berada (berdiri dsb) dlm barisan: para peserta sudah ~ di padang utk upacara penyampaian hadiah; 2. berada dlm susunan yg baik (bkn barang, benda), tersusun (baik-baik): perkakas dapur ~ dgn baik; mengatur 1. meletakkan (sesuatu) dlm susunan yg baik atau sebagaimana yg diingini: ~ pasu bunga di taman; ~ buku di rak; 2. menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dgn baik, dsb): ~ persiapan utk menyambut Hari Kebangsaan Negara; apa guna men­cam­puri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri belum dapat diatur; mengaturkan mengatur utk; teratur 1. telah diatur (dgn baik), sudah disusun baik-baik, tersusun: dia melihat-lihat buku-buku yg ~ di rak; 2. tidak kelam-kabut (kucar-kacir dsb): segala-galanya dijalankan dgn ~ dan rapi setelah mereka merancang­kannya dgn sempurna;aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu;beraturan 1. dgn aturan, mempunyai aturan, teratur baik-baik; 2. tahu adat (sopan santun);keteraturan keadaan yg teratur, ketertiban: ~ gerak laku; ~ dan alam tabii tidak mening­galkan kesan yg mendalam;peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipa­tuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera­jaan peraturan (ketentuan, garis pan­duan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);berperaturan ada peraturannya, beraturan: kerja yg tidak ~;pengaturan perihal (perbuatan dsb) meng­atur(kan);pengatur 1. orang yg mengatur, orang yg menyediakan sesuatu mengikut aturan atau peraturan tertentu: ~ huruf; 2. alat utk meng­atur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tur] | اتور

Definisi : Mn; mengatur(kan) mencucuk: ~ hidung kerbau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tur] | اتور

Definisi : ; Jw mengaturi ark memberi kpd, menyilakan supaya; mengaturkan 1. menyampaikan, memper­sembahkan, memberi: ~ surat kpd menyam­paikan surat kpd; 2. mengucapkan, menga­takan: ~ selamat datang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tur] | اتور

Definisi : ; beratur bersusun dgn baik; berbaris: Tiap-tiap pagi, murid-murid ~ di padang sebelum masuk ke bilik darjah. mengatur 1 menyusun atau menempatkan baik-baik: Ia sedang ~ buku-bukunya di dlm almari. 2 membuat supaya segala-gala rapi; mengemas: ~ rumah tangga. teratur tersusun dgn baik: Acara penyampaian ijazah itu berjalan dgn ~. aturan 1 cara mengatur; segala sesuatu yg telah teratur: Buku-buku di perpustakaan telah disusun mengikut ~ Dewey. 2 hasil drpd mengatur; yg sudah diatur: ~ perabot di rumah itu sungguh kemas. keteraturan keadaan teratur; ketertiban: Kami kagum melihat ~ pekerja-pekerja itu menjalankan tugas. peraturan segala yg telah ditentukan dan mesti diturut: Apabila kita memandu sebarang jenis kenderaan, kita hendaklah mematuhi ~ lalu lintas. berperaturan mempunyai peraturan: Kita hendaklah ~ dlm melaksanakan tugas masing-masing. pengatur orang yg mengatur; alat utk mengatur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atur


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
layoutn susun atur; (publishing) reka letak: the whole ~ of the garden is attractive, susun atur keseluruhan taman itu menarik; the sub-editor sent the ~ of the leader to the printer, penolong editor menghantar reka letak halaman lidah pengarang kpd pencetak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fixern tukang atur; (derog) barua.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
composing roomn bilik atur huruf.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arrangement4. st arranged, gubahan: a floral ~, gubahan bunga; 5. (in pl) plans,preparations, persiapan, persediaan; (preceded by poss pron) segala yg telah [approp poss pron] /atur, urus/: ~s for the royal wedding, persiapan utk upacara perkahwinan diraja itu; we will have to cancel our ~s, kita terpaksa membatalkan segala yg telah kita atur; make ~s, /mengatur, mengurus/ segala-galanya; make the necessary ~s, /mengatur, mengurus/ segala yg perlu; 6. adaptation of piece of music, gubahan, susunan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lay 1 c. prepare st for burial, menyiapkan mayat utk dikebumikan, mengafankan mayat: the nurse laid out the body, jururawat itu menyiapkan mayat utk dikebumikan; d. plan or arrange st, menyusun atur sst; (magazine, newspaper, etc) mereka letak sst: the garden was well laid out, taman itu disusun atur dgn baik; a well laid out article, makalah yg direka letak dgn baik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
draftvt 1. prepare preliminary version of, mendraf; (design, drawing, plan) melukis: can you help me to ~ a report on this?, bolehkah kamu menolong saya mendraf laporan ttg perkara ini?; she ~ed the interior lay-out of the house, dia melukis susun atur dalaman rumah itu; 2. (US) see CONSCRIPT.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
itemn 1. article or thing in collection of objects, benda, barang: each ~ has a price tag, setiap barang mempunyai tanda harga; ~ of clothing, pakaian; collector’s ~, barang yg digemari (oleh) pengumpul: the chair is a collector’s ~, kerusi itu ialah barang yg digemari oleh pengumpul; household ~, barang kegunaan rumah; 2. one of number of things, matters, (in a list, catalogue) butir; (on a programme) acara; (on an agenda) perkara; (of business) urusan: the first ~ on the programme was a classical Indian dance, acara pertama dlm atur cara itu ialah sebuah tarian klasik India; he has several ~s of business to attend to before he leaves for Thailand, ada beberapa urusan perniagaan yg harus dikendalikannya sebelum berlepas ke negeri Thai; .Kamus Inggeris-Melayu Dewan
case 2n 1. outer protective layer, kulit: seed ~, kulit biji; 2. close-fitting cover, sarung: spectacle - ~, sarung cermin mata; pillow ~, sarung bantal; 3. box, kotak: packing ~, kotak (simpan) barang; two ~s of wine, dua kotak wain; 4. chest, peti; 5. suitcase, beg; 6. container, a. (gen) bekas: jewel ~, bekas barang kemas; b. (for cigarettes) celepa; c. (for violin, guitar, etc) peti; 7. also glass case, almari kaca; 8. (printing) petak (atur huruf);Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas