Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ca] | باچ

Definisi : ; ruang ~ bilik tempat membaca;membaca 1. memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya: ~ akhbar (buku, novel, surat, dsb); 2. mengucapkan apa yg tertulis atau tercetak pd buku, papan tanda, dsb secara lisan (dgn kuat): ia ~, adikadiknya mendengar; ~ khutbah berkhutbah; ~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dgn kuat dan berlagu, mengaji al-Quran; 3. memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf, dsb) tidak dgn mata tetapi dgn jari-jari: ~ Braille; 4. melihat dan mencatatkan angka yg ditunjukkan pd meter (termometer dsb): ~ meter elektrik; 5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dsb) seseorang dgn melihat seseorang secara luaran sahaja: drpd tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya; ~ isi hati seseorang; bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? 6. mengucapkan baris-baris sajak dgn penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi: ~ sajak; 7. meneliti garis-garis pd tapak tangan utk meramalkan nasib seseorang: dia pandai ~ tapak tangan;membacai 1. membaca berkali-kali, mempelajari; 2. Jw menyindir-nyindir;membacakan membaca utk: ia ~ anaknya cerita-cerita dongeng;terbaca membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dsb) lalu membacanya: saya ada ~ tentang gejala yg serupa ini dlm alam bahasa Jepun; keterbacaan darjah betapa senang atau sukarnya memahami sesebuah teks;bacaan 1. bahan utk dibaca: di kapal itu, disediakan juga ~; ~ ringan bahan bacaan yg kandungannya bukan tentang hal-hal (perkara-perkara) yg serius atau yg (agak) sukar difahami; 2. cara membaca: ~ al-Quran akan diadili oleh pengadil antarabangsa; 3. hasil yg dibaca: jika alat menyukat perjalanan minyak menunjukkan ~ yg rendah, enjin hendaklah dihentikan; 4. yg digunakan utk membaca: bilik ~; bahan ~;pembacaan 1. perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) membaca (buku, akhbar, majalah, dsb): Hikayat Panji Semirang yg diusahakan ini ialah hasil drpd ~ hikayat-hikayat tulisan tangan; ~ akhbar dlm waktu pejabat tidak dibenarkan; suatu tugas besar perpustakaan awam berusaha menggalakkan ~ yg lebih luas di kalangan orang ramai; 2. perbuatan, perihal membaca (meter dsb): ~ meter dibuat setiap awal bulan; 3. perbuatan membaca (mendeklamasi): selain ceramah, akan diadakan pula ~ sajak;pembaca orang yg membaca: majalah ini banyak mempunyai ~nya; ~ pruf orang yg tugasnya membaca (meneliti) pruf dan membetulkan kesilapan yg didapati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ca] | باچ

Definisi : ; membaca 1 membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis: Ibu saya sedang ~ Quran. 2 menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan atau ayat yg telah dihafaz: Sebelum kami makan, ayah akan ~ doa terlebih dahulu. membacakan membaca utk: Ibu ~ adik cerita sebelum tidur. terbaca 1 dpt atau boleh dibaca. 2 membaca dgn tidak sengaja. keterbacaan keadaan dpt atau boleh dibaca dan difahami: Buku itu kurang mendapat sambutan kerana tahap ~nya tinggi. bacaan 1 bahan utk dibaca (spt buku); apa-apa yg dibaca: Di perpustakaan, banyak terdapat buku ~. 2 cara membaca; hasil membaca: ~nya lancar sekali. pembacaan perbuatan atau hal membaca. pembaca orang yg membaca: Saya ingin menjadi ~ berita di radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baca

Puisi
 

Buah bacang sebiji bulat,
     Belum hiris masam dulu;
Tuan pergi kukirim surat,
     Belum baca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
browse~ through, membaca-baca: he ~d through a book on ceramics, dia membaca-baca buku ttg seramik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aloudadv kuat-kuat, dgn kuat: read the story ~, baca cerita itu kuat-kuat; /call, cry/ ~, menjerit, memekik: she cried ~ when the boy kicked her, dia menjerit apabila budak lelaki itu menendangnya; say st ~, menyebut sst; think ~, menyatakan /apa-apa yg difikirkan, fikiran/ sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
browsehave a (good) ~, a. search idly through a shop etc, melihat-lihat, menengok-nengok; b. read idly through book etc, membaca-baca;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
believevt percaya akan, mempercayai; (preceding a clause) percaya: it is difficult to ~ his story, sukar mempercayai ceritanya; don’t ~ everything you read, jangan percaya akan semua yg kamu baca; do you ~ him?, kamu mempercayainya or kamu percaya akan kata-katanya?; I ~ he has retired, saya percaya dia telah bersara; a large amount of gold is ~d to have been hidden here, orang percaya bahawa banyak emas telah disembunyikan di sini; ~ it or not, would you ~ it?, (colloq) percaya tak?; ~ (you) me, percayalah; /can, could, would, etc/ ~ it of so., percaya sso /dapat, boleh/ melakukannya; I could scarcely ~ my /eyes, ears/, saya terperanjat /melihat, mendengar/ sst; I ~ not, rasanya tidak, rasa saya tidak; make ~, berpura-pura: they made ~ that they were cowboys, mereka berpura-pura bahawa mereka koboi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discountvt (regard as untrue) tdk mempercayai (sangat); (regard as unimportant or irrelevant) tdk mengambil kira: we should ~ much of what we read in the papers, kita seharusnya tdk mempercayai sangat kebanyakan apa yg kita baca dlm akhbar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gratifyvt 1. indulge, satisfy, memuaskan: she tried to ~ his every wish, dia mencuba memuaskan segala kemahuannya; he always sought to ~ his own desires, dia selalu berusaha utk memuaskan keinginan sendiri; ~ o’s curiosity, menghilangkan rasa ingin tahu sso; (in the form of a request) beritahu sso: to ~ my curiosity, do let me read the note, utk menghilangkan rasa ingin tahu saya, berilah saya baca nota itu; do ~ our curiosity, tolonglah beritahu kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
everythingpron 1. all things, segala-galanya, semuanya; (preceding pron) semua, segala-gala: she lost ~ in the fire, dia kehilangan segala-galanya dlm kebakaran itu; he wanted to know ~, dia hendak mengetahui segala-galanya; they seem to have forgotten ~ I have told them, mereka nampaknya telah lupa akan segala-gala yg saya beritahukan kpd mereka; don’t believe ~ you read in the papers, jangan percayai semua yg kamu baca dlm akhbar; 2. the most important thing, segala-galanya: money isn’t ~ in life, wang bukan segala-galanya dlm hidup; a happy marriage means ~ to her, perkahwinan yg bahagia ialah segala-galanya bagi dia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas