Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lai] | بالاي

Definisi : 1. gedung, rumah (untuk awam), pejabat; 2. rumah (gedung, bangunan) dlm lingkungan istana; balai adat rumah tempat dilakukan upacara adat; balai balai agung a) = balai kota gedung tempat pentadbiran bandaran; b) = balai besar rumah besar tempat menghadap raja; balai angin = balai bayu = balai peranginan rumah tempat berehat (bersenang-senang, mengambil angin); balai angkat-angkat tempat nobat (bunyi-bunyian) raja; balai apit = balai tengah rumah tempat menanti raja (di antara istana dan balai penghadapan); balai astaka panggung yang tinggi dan beratap tempat raja bersemayam supaya dapat dilihat oleh orang ramai pada upacara-upacara; balai bendul = balai mentor(a) balai tempat menanti apabila hendak menghadap raja; balai berlepas dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang (kapal dan lain-lain); balai bertingkat balai yang atapnya berlapis-lapis (balai undang Johol); balai bomba bangunan khas tempat pasukan bomba dengan kereta bomba dan alatalat memadamkan api ditempatkan; balai buana tempat berkorban pada upacara menyemah negeri; balai cerap bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dan sebagainya; balai dagang Id ark pejabat tempat mengurus atau memajukan perdagangan (antara negara-negara); balai derma rumah tempat menerima kurnia (sedekah) raja; balai desa Id balai raya; balai gading balai yang letaknya di kiri kanan pintu gerbang istana; balai gambang = balai kambang balai yang di atas air untuk berangin atau mandi; balai gendang rumah tempat tabuh masjid; balai kecil balai menghadap yang kecil; balai kembang = balai sari balai dlm taman; balai kesihatan = balai pengubatan Id klinik; balai ketibaan dewan ketibaan untuk para penumpang yang baru tiba, iaitu yang baru turun dr kapal terbang (kapal dan lain-lain); larangan rumah di istana tempat puteri-puteri; balai lelang Id rumah tempat melelong barang; balai limas balai yang atapnya berbentuk piramid; balai lintang = balai melintang balai yang letaknya di sebelah kanan istana; balai luar tempat rakyat menunggu di luar istana; balai madat rumah tempat berkawal; balai menghadap = balai penghadapan balai (sementara) tempat menghadap raja; balai pancalogam sl balai yang dibuat daripada marmar; balai pancapersada balai tempat memandikan pengantin baru (anak raja-raja); balai (nan) panjang balai tempat menghadap undang (di Rembau); balai perbujangan balai yang dibuat untuk sementara (jika tempat dlm istana kurang kerana upacara besar); balai perguruan tinggi Id ark universiti; balai pertemuan Id rumah tempat bermesyuarat dan lain-lain; balai paseban = balai pistaka balai besar; balai polis bangunan tempat polis bertugas; balai raya balai tempat orang kampung membuat perjumpaan atau mengadakan mesyuarat; balai rendah Id (gedung) dewan rakyat; balai serong balai yang letaknya serong dr istana; balai surung anjung pada rumah yang berbumbung lima; balai tinggi Id (gedung) dewan negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lai] | بالاي

Definisi : sj tumbuhan (pokok), pauh punggah, Aralidium pinnatifidum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lai] | بالاي

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung tirjup, Lanius tigrinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lai] | بالاي

Definisi : 1 bangunan dlm lingkungan istana: ~ bendul; ~ gambang. 2 rumah atau bangunan yg dibuat khas utk sesuatu tujuan: ~ polis pejabat polis di sesuatu tempat. ~ raya rumah khas tempat orang-orang kampung mengadakan pertemuan dsb. ~ cerap bangunan yg dilengkapi peralatan tertentu utk membolehkan ahli sains dsb membuat pemerhatian dan ramalan terhadap fenomena cuaca, kedudukan atau keadaan bintang dsb. balai-balai sj tempat duduk atau tempat tidur yg dibuat drpd kayu atau buluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balai

Puisi
 

Sinangan balai batang kapas,
     Ramai orang pasar tua;
Anak menuang laut lepas,
     Tergadai si emak tua.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Sebagai petai sisa pengait.

Bermaksud :

Tak berguna sedikit juga. (Bandingkan dengan: Kulai-balai bagai petai sisa pengait [= dikait]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fire stationn balai bomba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
community centren balai raya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
displayon ~, sedang dipamerkan: her paintings are on ~ in the art gallery, lukisannya sedang dipamerkan di balai seni lukis itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hotfootadv (colloq) cepat-cepat: he ran ~ to the police station, dia berlari cepat-cepat ke balai polis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exhibitvi mengadakan pameran: the artist plans to ~ in several galleries, pelukis itu bercadang utk mengadakan pameran di beberapa balai seni;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
custodiann 1. person in charge of a. (public buildings) penjaga: the ~ of the gallery, penjaga balai seni lukis; b. (of historical objects) penyimpan: ~ of enemy property, penyimpan harta musuh; 2. person who has custody of a ward, kustodian, penjaga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
galleryn 1. covered passageway, serambi, gajah menyusu; 2. raised platform extended from interior walls of room etc, galeri: you may sit in the public ~, kamu boleh duduk di galeri utk orang awam; 3. (theat) a. uppermost tier where cheapest seats are placed, galeri; b. audience sitting here, penonton di galeri: a standing ovation from the ~, penonton di galeri berdiri utk bertepuk; play to the ~, mencuba mengambil hati para penonton; 4. long, narrow room, broad corridor, galeri: a shooting ~, galeri menembak; paintings are hung in the ~, catan-catan tergantung di galeri; 5. room, building used for exhibiting works of art, balai: art ~, balai seni lukis; 6. underground passage in a mine, kolong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
halln 1. entrance, vestibule of house, ruang depan; 2. building for public gatherings, events, etc, dewan: the school ~, dewan sekolah; lecture ~, dewan kuliah; the only seats available for the concert were at the back of the ~, tempat duduk yg masih ada utk konsert itu hanyalah di bahagian belakang dewan; community ~, dewan orang ramai; village ~, balai raya; 3. main office of a local government authority, dewan: the town ~, dewan perbandaran; City H~, Dewan Bandaraya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
departuren 1. leaving, a. (of person) pemergian; (of royalty) keberangkatan: a sudden ~, pemergian yg tiba-tiba; many will regret his ~ from the company, ramai orang akan berasa sedih atas pemergiannya dr syarikat ini; b. (of means of transport) bertolak, berlepas; (of aeroplane) berlepas: ~ time, waktu berlepas; ~ lounge, balai berlepas; 2. divergence, penyimpangan: a ~ from established procedure, penyimpangan drpd cara yg biasa; a ~ from the truth, penyimpangan drpd kebenaran; 3. instance of departing, waktu /berlepas, bertolak, berangkat/: arrivals and ~s have been rescheduled, waktu ketibaan dan waktu berlepas telah dijadualkan semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas