Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas I

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Kain pelikat di atas peti;
Baik balas baik tidak,
     Sudah ikhlas dalam hati.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Ada hujan ada panas,
     ada hari boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
countervailing<i>adji> menimbang balas; (<i>techi>) timbal balas: <i>~ power,i> kuasa timbal balas; <i>~ tariff,i> tarif timbal balas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counter-claim<i>vti> menuntut balas: <i>they ~ed $2,000,i> mereka menuntut balas $2,000.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cross-examine<i>vti> (<i>leg.i>) memeriksa balas: <i>to ~ a witness,i> memeriksa balas saksi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
countersign<i>vti> menandatangani balas: <i>the cheque must be ~ed by another director,i> cek ini mesti ditandatangani balas oleh seorang pengarah lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counter-attack<i>vi & vti> menyerang balas: <i>the troops were prepared to ~,i> pasukan itu bersedia utk menyerang balas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
debrief<i>vt i> menyoal [sso] utk mendapatkan maklum balas: <i>on his return he was ~ed,i> apabila dia pulang, dia disoal utk mendapatkan maklum balas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counterbalance<i>ni> (<i>lit. & fig.i>) pengimbang balas: <i>his partner’s calm nature acts as a ~ to his fiery temper,i> sifat rakannya yg tenang menjadi pengimbang balas kpd sifat barannya itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counterbalance<i>vti> (<i>lit. & fig.i>) mengimbang balas: <i>he ~d the weight of the box by putting some bricks on the other end of the plank,i> dia mengimbang balas berat kotak itu dgn meletakkan beberapa bata di hujung sebelah sana papan tersebut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exchange<i>vti> 1. <i>give (<i>sti>) and receive (<i>sti>) in return,i> (<i>letters, presents, etci>) berbalas-balas, bertukar-tukar; (<i>addresses , business cards, photographs, etci>) bertukar-tukar; (<i>views, ideas, etci>) bertukar-tukar: <i>the heads of state ~d gifts,i> ketua-ketua negara itu bertukar-tukar hadiah; ~ blows, bertumbuk(-tumbukan), berbalas-balas tumbukan; ~ glances, saling pandang-memandang, berbalas pandangan; <i>~ greetings, bertegur-sapa, saling sapa-menyapa, berbalas-balas sapaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hit~ back (at), a. <i>return a blow,i> membalas: <i>he ~ back with all his might,i> dia membalas dgn sepenuh kekuatannya; b. <i>counter-attack,i> menyerang balas: <i>enemy planes ~ back at our stronghold,i> kapal terbang lawan menyerang balas benteng pertahanan kami; c. <i>answer back,i> menjawab balik: <i>he ~ back at his critics,i> dia menjawab balik pengkritiknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas