Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tal] | بنتل

Definisi : 1. galang kepala atau alas tempat duduk yg dibuat drpd kain dijahit spt karung dan diisi dgn kekabu, sabut, span, dsb; 2. galang, alas (pd perkapalan); ~ budak sj penyakit pd perempuan yg baru melahirkan anak; ~ galang a) = ~ kepala bantal tempat meletakkan kepala apabila tidur); b) = ~ golek = ~ peluk bantal bulat yg panjang; ~ sandar bantal yg dipakai utk bersandar; ~ seraga bantal bulat yg bersulam; ~ suari bantal empat persegi berkerawang (sbg penghias); lepas ~ berganti tikar prb laki-laki yg berkahwin dgn saudara atau keluarga isterinya yg meninggal; mata tidur ~ berjaga prb perempuan yg berbuat jahat ketika suaminya lengah; orang mengantuk disorongkan ~ prb mendapat sesuatu yg diperlukan dgn tidak disangka-sangka;bantal-bantal 1. benda yg menyerupai bantal; 2. bantal kecil tempat jarum (peniti dll);berbantal, berbantalkan memakai bantal; ~ lengan a) menggunakan lengan sbg bantal; b) seketiduran, tidur bersama-sama dgn kekasih;membantalkan, memperbantalkan menggunakan sesuatu sbg bantal;bantalan benda yg menyerupai bantal (balak penghalang landasan kereta api), bantal-bantal, palang, sengkang;pembantal benda yg dipakai sbg penahan (lapik dll mis pd orang yg burut): ~ itu akan membesarkan burut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tal] | بنتل

Definisi : 1 kain yg dijahit spt bentuk karung dan diisi dgn kapas dsb utk dijadikan alas kepala ketika berbaring atau utk tempat duduk: ~ golek (peluk) bantal bulat serta panjang; ~ seraga bantal bulat dan bersulam. berbantal mempunyai atau menggunakan bantal: Adiknya tidur tidak ~. berbantalkan menggunakan sesuatu sbg bantal: Pengembara itu tidur ~ lengan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ban.tal] | بنتل

Definisi : ukuran jumlah atau banyaknya benang (1 bantal = 16 tukal). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantal

Puisi
 

Tirai perak kelambu perak,
     Bantal emas tikar suasa;
Bercerai kasih bertemu tidak,
     Jauh bergantung di atas udara.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bolstervt also ~ up, 1. support with a pillow, menyandarkan [sso] pd bantal: the patient sat ~ed up in his bed, pesakit itu duduk di katilnya tersandar pd bantal; 2. (fig.), (support) menyokong, menunjang; (strengthen) memperkuat, memperkukuh: the new evidence ~ed his argument, bukti-bukti yg baru itu memperkuat hujahnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bedspreadn tutup tilam bantal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bag~ and baggage, dgn tikar bantal, dgn segala barang yg dimiliki(nya); a ~ of bones, (/orang yg, binatang yg/) kurus kering; a /~, bundle/ of nerves, (orang yg) berdarah gemuruh; an old ~, (sl), (derog), (perempuan) tua kerepot; in the ~, (colloq) sudah ada dlm tangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counterpanen (old-fashioned) tutup tilam bantal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bolstern 1. long narrow pillow, bantal /peluk, golek, guling/; 2. (archit) junjung tiang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Dutchadj; a ~ treat, belanja /sendiri-sendiri, masing-masing/; ~ wife, bolster, bantal /peluk, guling, golek/; double ~, (colloq) entah apa-apa: yesterday’s talk which was full of medical jargon was ~ to me, pd saya, ceramah semalam yg penuh dgn jargon perubatan entah apa-apa; go ~, (colloq) belanja /sendiri-sendiri, masing-masing/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
do~ as, digunakan sbg, dibuat, dijadikan: this bundle of clothes will ~ as a pillow, bungkusan kain ini boleh digunakan sbg bantal; ~ it, achieve success, berjaya: she has ~ne it at last, akhirnya dia berjaya; easier said than ~ne, lebih senang bercakap drpd membuat; /it, that / /will never, won’t /~, ini tdk boleh dibiarkan; how ~ you ~?, apa khabar?; nothing ~ing, (sl) tak boleh; please ~, silakan; that ~es it, (colloq) ini tak boleh jadi; that’s ~ne it, habislah; that will ~, sudahlah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adjustvt 1. change position of, membetulkan (duduk, letak): the nurse ~ed the pillow for the patient, jururawat membetulkan duduk bantal utk pesakit itu; to ~ o’s hat, membetulkan topi sso; 2. regulate, melaraskan, membetulkan: he ~ed the lens of the camera, dia melaraskan kanta kamera; to ~ a television set, membetulkan peti televisyen; 3. adapt, menyesuaikan: to ~ os to existing circumstances, menyesuaikan diri (sso) dgn keadaan sekarang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
case 2n 1. outer protective layer, kulit: seed ~, kulit biji; 2. close-fitting cover, sarung: spectacle - ~, sarung cermin mata; pillow ~, sarung bantal; 3. box, kotak: packing ~, kotak (simpan) barang; two ~s of wine, dua kotak wain; 4. chest, peti; 5. suitcase, beg; 6. container, a. (gen) bekas: jewel ~, bekas barang kemas; b. (for cigarettes) celepa; c. (for violin, guitar, etc) peti; 7. also glass case, almari kaca; 8. (printing) petak (atur huruf);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fluffvt 1. also ~ up, a. pat (st) until soft and fluffy, menepuk-nepuk: let me ~ up your pillows for you, mari saya tepuk-tepuk bantal kamu; b. cause to stand on end, meremangkan: the bird ~ed up its feathers in the cold wind, burung itu meremangkan bulunya semasa angin sejuk bertiup; c. shake or brush until fluffy, menggebukan: she ~ed up her hair, dia menggebukan rambutnya; d. beat (egg-white) until fluffy, pukul [sst] hingga /kembang, naik/; 2. (colloq), bungle, [various translations]: he ~ed his opening line, dia membuat kesilapan dlm baris pembukaannya; it was an easy catch, and he ~ed it, bola itu seharusnya dapat ditangkap dgn mudah, tetapi terlepas dr tangannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas