Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.sah] | باسه

Definisi : 1. mengandungi air, lwn kering: bajuku ~; 2. masih baru, belum dikeringkan: getah (daging, ikan) ~; kena tangkap ~ = tertangkap ~ ditangkap kerana berkhalwat; ~ kuyup = ~ jejeh (jeruk) Kl basah semuanya sehingga menitik-nitik airnya; direndam tak ~ prb orang degil dan kikir yg tidak dapat dibaiki; sudah ~ kehujanan prb kemalangan yg bertimpa-timpa;berbasah-basah, berbasahan membiarkan diri basah: kalau tidak kerana urusan penting buat apa aku ~ dlm hujan begini;membasahi menyebabkan menjadi basah: air mata ~ pipinya;membasahkan menyebabkan sesuatu menjadi basah dgn mencurah (merenjiskan dll) air: ~ rambut; ~ tekak minum air (sedikit);basahan 1. (sesuatu) yg dipakai pd masa mandi: kain ~; 2. (sesuatu) yg dipakai harihari: gelang ~; baju ~; 3. sesuatu yg telah menjadi perkara biasa: minuman keras sudah menjadi ~ kpd setengah-setengah orang;sahaja ~ prb sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yg tidak baik;kebasahan keadaan basah: ia sedang menggosok-gosok senapang yg ~ sedikit kerana peluh; bahan itu mungkin rosak disebabkan oleh ~;kebasah-basahan agak basah: bulu kucing itu ~;pembasahan perihal (perbuatan) membasahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.sah] | باسه

Definisi : ada air atau cecair lain pdnya; lw kering: Bajunya ~ ditimpa hujan. membasahi menjadikan basah (oleh sesuatu): Air matanya berlinang ~ pipinya. membasahkan mengenakan air pd sesuatu supaya basah; menyebabkan jadi basah: Dia ~ kepalanya kerana terlalu panas. basahan 1 yg dipakai ketika mandi: kain ~. 2 yg dipakai sehari-hari: baju ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basah

Puisi
 

Padi basah di dalam paya,
     Dibawa orang pergi ke kota;
Apa nak susah kepada saya,
     Saya dah ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Kain basah kering di pinggang.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(42)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
drippingadj 1. thoroughly wet, basah /lencun, kuyup/: she was absolutely ~, dia basah lencun; ~ wet, basah /lencun, kuyup/; 2. leaking, bocor: a ~ tap, paip bocor;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drenchingn; get a ~, basah /kuyup, lencun/: they got a ~ on the way home, mereka basah kuyup semasa perjalanan pulang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drenchvt (usu pass.) make thoroughly wet, (person, animal), (basah) /kuyup, lencun/; (clothes, shoes, etc) lencun; (ground, field, etc) lencun: we were completely ~ed by the time we reached the house, kami basah kuyup apabila sampai di rumah; the ground was ~ed after the heavy downpour, tanah di situ lencun selepas hujan turun mencurah-curah; be ~ed to the skin, basah /kuyup, lencun/; get ~ed, basah /kuyup, lencun/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dry-shodadv tanpa /kaki, kasut/ sso menjadi basah: they crossed the stream ~, mereka menyeberangi sungai itu tanpa kasut mereka menjadi basah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bedraggledadj 1. (of clothes etc) basah kuyup dan lusuh; 2. (of hair) basah kuyup dan kusut-masai; 3. (of person), (dlm keadaan) selekeh dan serbah-serbih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bedragglevt 1. (clothes etc) menyebabkan basah kuyup dan lusuh; 2. (hair) menyebabkan basah kuyup dan kusut-masai; 3. (person) menyebabkan kelihatan selekeh dan serbah-serbih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fordvt mengharung(i): he got wet to the waist when ~ing the river, dia basah hingga ke pinggang semasa mengharung sungai itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
elseor ~, kalau tdk: run home or ~ you’ll get wet, pulang, kalau tdk kamu basah nanti; he must be drunk, or ~ he’s mad, kalau dia tdk mabuk, tentu dia gila; either the book is here or ~ it is lost, buku itu ada di sini, kalau tidak buku itu sudah hilang; or ~ ...!, (as a threat) kalau tdk, /nanti, awas, jaga/....Kamus Inggeris-Melayu Dewan
headfrom ~ to /foot, toe/, dr hujung rambut sampai ke hujung kaki: he was drenched from ~ to foot, dia basah kuyup dr hujung rambut sampai ke hujung kaki; get it into o’s ~ (that), mengerti, memahami: can’t you get it into your ~ that he is not coming back?, tidakkah kamu mengerti bahawa dia tdk akan balik semula?; /give so., let so. have/ his ~, membiarkan sso berbuat sesuka hati; go to so’s ~, make so. conceited, menyebabkan sso lupa diri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dock1n 1. enclosed part in harbour where ships are repaired etc, dok: wet ~, dok basah; 2. dockyard limbungan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas