Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.yar] | باير

Definisi : ; ~ waktu terima bayaran dibuat secara tunai sewaktu barangan diserahkan kpd pembeli;berbayar dijelaskan, dilunaskan: hutangnya di kedai itu belum ~ lagi;membayar 1. memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik; 2. menunaikan (janji, kaul, dll): ~ niat; 3. membalas (kebaikan dll): ~ budi; ~ ansur membayar sedikit-sedikit; ~ derau membalas budi (pertolongan beramai-ramai); ~ di belakang membayar sesudah menerima barang dll; ~ di muka membayar sebelum menerima barang dll; ~ hajat = ~ kaul = ~ nazar = ~ niat melepaskan (menunaikan) hajat (kaul dll); ~ kontan Id = ~ tunai membayar pd ketika menerima barang;membayarkan 1. memberikan (wang dll) utk membayar: dgn apa engkau ~ harta orang yg telah rosak itu?; ~ nyawa mengorbankan nyawa; 2. membayar utk: kami terpaksa ~ dia bil elektriknya itu;terbayar 1. mampu (berupaya) membayar; 2. dibayar: kegigihan dan usahanya selama ini sudah ~ dgn berbagai-bagai anugerah yg diterima; bayaran 1. (wang) yg dibayar: mereka dikenakan ~ RM5.00 seorang; 2. (orang) yg dibayar: serdadu ~; 3. gaji, upah, biaya: pd akhir bulan kami menerima ~;pembayaran perihal (tindakan dsb) membayar, penjelasan (harga barang dll), pelunasan (hutang): ~ harus dilakukan pd akhir bulan;pembayar 1. orang yg membayar: pemerintahlah ~ segala wang belanja selama aku belajar; ~ cukai; 2. wang (harta dll) yg digunakan utk membayar: wang ~ hutang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.yar] | باير

Definisi : ; berbayar dpt dijelaskan (ttg hutang, harga barang-barang yg dibeli dsb); Hutangnya belum ~. membayar 1 memberikan wang utk harga barang yg dibeli (menjelaskan hutang dsb): Salmah ~ harga kopi dan gula kpd Pak Kadir, yg empunya kedai runcit itu. 2 melakukan sesuatu utk memenuhi janji dsb; menunaikan nazar (niat): ~ niat. membayarkan 1 memberikan wang dsb utk membayar: Dia telah ~ semua wang simpanannya utk membeli sebidang tanah. 2 membayar utk orang lain: Dia ~ adiknya harga gula-gula itu. bayaran 1 wang dsb yg digunakan utk membayar; wang dsb yg dibayarkan: Mereka yg menonton pertunjukan itu tidak dikenakan ~. 2 wang dsb yg diterima kerana melakukan sesuatu; upah: Sbg pakar runding, dia menerima ~ RM10,000/- sebulan. pembayaran perbuatan (hal dsb) membayar atau membayarkan; penjelasan: ~ hutang rumahnya dibuat melalui potongan gaji. pembayar 1 orang yg membayar atau membayarkan. 2 wang dsb utk membayar. si dibayar ist penerima bayaran yg namanya tertulis pd cek dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayar

Puisi
 

Lipat kain lipat baju,
     Cik Esah mengetam padi;
Hutang malu bayar malu,
     Jangan susah dalam hati.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
insolventadj (tech) tak /mampu bayar, solven/: bankruptcy proceedings were taken against the ~ company, prosiding kemuflisan dibuat thdp syarikat tak mampu bayar itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drinkthe ~, (colloq) the sea, laut; ~s are on so., minuman sso bayar: ~s are on me, minuman saya bayar; drive so. to ~, menyebabkan sso /menjadi kaki arak, ketagih arak/: her husband’s infidelity drove her to drink, kecurangan suaminya menyebabkan dia ketagih arak; have had one ~ too many, mabuk; a quick ~, minum sekejap: why don’t we stop for a quick ~?, apa kata kita berhenti utk minum sekejap?; be the worse for ~, mabuk; take to ~, minum arak: marital problems caused him to take to ~, masalah rumah tangga menyebabkan dia minum arak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cash on deliveryn bayar waktu terima.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
insolventn (orang yg) tak /mampu bayar, solven/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
insolvencyn (tech) ketakmampuan bayar, ketaksolvenan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gatecrashvt datang tanpa diundang; (without paying) masuk tanpa bayar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blackin the ~, a. (of bank account) ada wang di dalamnya; b. solvent, mampu bayar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drawern 1. boxlike compartment that can be pulled out, laci; 2. person who draws cheque, penyuruh bayar; 3. person who draws, (orang yg) melukis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
desirableadj 1. advisable, expedient, elok: a common language for all is ~, elok mempunyai satu bahasa utk semua; his presence today is ~ but not essential, elok dia hadir pd hari ini sungguhpun tdk perlu; it is ~ that you should pay in cash, elok sekiranya tuan bayar tunai; 2. sought after, wished for, menjadi idaman: this ~ residence is for sale, kediaman yg menjadi idaman ini adalah utk dijual; one of the city’s ~ suburbs, salah satu kawasan pinggir kota yg menjadi idaman; 3. exciting desire, menggiurkan, menghairahkan, memberahikan: a beautiful and ~ woman, wanita yg cantik dan menggiurkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
figure~ so. out, (US), (colloq) faham sso: can you ~ him out? I can’t, kamu faham dia? Saya tak; ~ st out, (US), (colloq) a. calculate st, kira sst: have you ~d out how much the hotel will cost us, kamu sudah kira berapa kita kena bayar hotel; b. understand st, faham sst: I can’t ~ out what he is trying to say,saya tak faham apa yg hendak dikatakannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas