Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. barang yg dibawa (di atas kuda, keldai, dll) atau dipikul; kuda ~ kuda utk mengangkat beban, kuda muatan; 2. tanggungan (kewajiban) yg berat: dia menjadi ~ kpd kedua-dua orang tuanya; kenaikan harga barang merupakan satu ~ kpd orang ramai; 3. tanggungan drpd kenaikan cukai; ~ berat senggulung batu prb tanggungan yg sangat berat; ~ sudah di pintu prb beban sudah dekat utk dibawa (anak perempuan yg sudah patut dipersuamikan); besar senggulung drpd ~ prb besar belanja drpd pendapatan; ibarat ~ belum lepas dr bahu (kepala) prb belum lepas drpd tanggungan; seberat-berat ~, di atas kepala jua prb betapa pun berat tanggungan harus dipikul sendiri juga (orang lain hanya sekadar membantu); seberat-berat ~, laba jangan ditinggalkan prb walaupun sedang mengerjakan pekerjaan berat tetapi kalau ada jalan keuntungan, jangan dibiarkan lalu saja keuntungan itu; tiada ~ dicari ~, pergi ke pulau batu digalas prb mencampuri perkara orang dan beroleh kesusahan sendiri; membebani memberi beban (tanggungan yg berat) kpd, menyebabkan atau membuat seseorang menanggung beban: ~ murid dgn kerja rumah; kebanyakan mereka kini dibebani oleh tugas dan tanggungjawab yg berat;membebankan memberikan beban: tugas yg berat dibebankan kepadanya; kerja yg ~;bebanan beban;pembebanan perbuatan membebani atau membebankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 benda berat yg dibawa ketika berjalan; barang-barang yg diletakkan di belakang kuda dsb: Mana mampu saya membawa ~ sebanyak itu? 2 apa-apa yg mesti ditanggung oleh seseorang; sesuatu yg susah dilakukan: Apabila kita besar kelak, janganlah hendaknya memberatkan ~ kedua-dua orang tua kita. membebani memberi beban (tanggungan dsb) kpd: Janganlah engkau ~ aku lagi dgn masalah yg dpt engkau selesaikan sendiri. membebankan 1 memuatkan sbg beban; menjadikan sesuatu sbg beban: Anak itu telah ~ dua buah beg kpd pengangkut barang di stesen kereta api. 2 menyerahkan sesuatu sbg tugas (tanggungjawab dsb): Pihak pentadbiran telah ~ penyelenggaraan projek itu kpd Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beban

Peribahasa

Tak beban,
     batu digalas.

Bermaksud :

Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada beban dicari [= mencari] beban).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
burden1n 1. st carried, load, beban: a mule with its ~ of firewood, keldai dgn beban kayu api yg dibawanya; 2. cargo or cargo capacity (of ship) muatan: a ship of more than 1, 000 tons ~, kapal yg muatannya melebihi 1, 000 tan; 3. st exacting, difficult to bear, beban: to bear the ~ of responsibilities, memikul beban pelbagai tanggungjawab; the ~ of taxation, beban cukai; he has always been a ~ to us, dia sentiasa menjadi beban kpd kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
baseloadn beban asas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
encumbrancen 1. hindrance, halangan: his criminal record will always be an ~ to him, rekod jenayahnya akan sentiasa merupakan halangan baginya; 2. burden, beban: he treated the child as a mere ~, dia mengganggap anak itu sbg beban semata-mata; 3. (leg.) bebanan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dead loadn beban mati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burden of proofn beban membukti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fartheradv lebih jauh: he could carry the load no ~, dia tdk dapat memikul beban itu lebih jauh; ~ down south, lebih jauh ke selatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heavyadj 1. weighty, berat: the load was too ~ for one man, beban itu terlalu berat bagi seorang lelaki; 2. as if weighted, burdened, berat: my head feels ~, kepala saya terasa berat; 3. ponderous, clumsy, lembap, lambat; (of gait, footstep, etc) berat: a ~ tread, langkah yg berat; 4. large and powerful, berat: ~ weapons, senjata berat; ~ guns, meriam berat; ~ vehicle, kenderaan berat; 5. forceful, kuat: a ~ punch, tumbukan yg kuat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dead timen 1. inert mass, berat mati; 2. oppressive burden, beban yg menyeksa; 3. see DEAD LOAD.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
broadn 1. the broad part of st, [not translated]: he carried the load on the ~ of his back, dia membawa beban itu di belakangnya; 2. (sl), (US) a. (woman) perempuan; b. (prostitute) perempuan /jalang, jahat/, (perempuan) sundal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kill~ os, a. membunuh diri; b. (fig.), /menyeksa, mendera/ diri sso (sendiri): he’s ~ing himself with all that work, dia menyiksa dirinya memikul beban kerjanya itu; be ~ed, be deprived of life, a. (of persoKamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas