Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bé.bas] | بيبس

Definisi : (bébas) 1. tidak terhalang (utk bergerak, bercakap, dll), tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas, leluasa: angkasa ~; dunia ~; politik ~; setiap orang ~ mengeluarkan pendapatnya; 2. lepas drpd kewajiban (tuntutan, ketakutan, cukai, hukuman, dll): ia ~ drpd kewajiban memberi belanja kpd bekas isterinya; tidak seorang pun ~ drpd cukai; 3. merdeka (tidak dikuasai oleh negara lain): negara-negara ~ menjadi ahli BB; ~ cukai tidak dikenakan sebarang cukai (tentang perniagaan, barang, dll); ~ tol a) tidak dikenakan bayaran utk panggilan telefon: syarikat itu menyediakan satu talian telefon ~ tol; b) tidak dikenakan bayaran utk menggunakan jalan raya, jambatan dll: kerajaan akan menyediakan laluan alternatif ~ tol bagi setiap jalan bertol;membebaskan 1. memberi keadaan bebas (utk bergerak, bercakap, dll), memberi keleluasaan, melepaskan: baru beberapa hari dibebaskan drpd tahanan, ia sudah mencuri lagi; 2. melepaskan drpd kewajiban (tuntutan, tekanan, hukuman, dll): tidak patut ia ~ diri drpd tanggungjawab terhadap gadis itu; 3. memerdekakan (drpd kekuasaan lain): angkatan bersenjata Sekutu ~ Yunani drpd tangan Fasis; 4. memberhentikan (drpd tugas atau jawatan): pegawai itu dibebaskan drpd jawatannya;kebebasan perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat;pembebasan perihal (perbuatan, tindakan, usaha) membebaskan: negara itu meneruskan perjuangan ~ wilayahnya yg diduduki musuh; pembebas orang (alat dll) yg membebaskan: kuman ~ nitrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bé.bas] | بيبس

Definisi : /bébas/ 1 tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu: Tiap-tiap murid ~ memberikan pendapatnya. 2 tidak dikenakan apa-apa hukuman dsb; lepas drpd sebarang tuduhan dsb: Sekarang saya berasa gembira sekali kerana ~ drpd perasaan takut dan curiga. 3 tidak diperintah oleh negara-negara lain; merdeka: Bermula dr 31 Ogos 1957, negara kita ~ drpd penjajahan Inggeris. ~ tol a. (bkn talian atau panggilan telefon) tidak dikenakan bayaran: talian ~ tol. b. (bkn jalan raya, jambatan dsb) tidak dikenakan bayaran jika menggunakannya: Mereka menggunakan laluan ~ tol utk pulang ke kampung. membebaskan 1 membiarkan bergerak dan melakukan sesuatu dgn bebas: Tepat pd pukul empat petang, ia ~ anak-anaknya keluar bermain-main. 2 melepaskan seseorang drpd sebarang hukuman dsb: Tuan Hakim telah ~ Ali drpd tuduhan mencuri. 3 memberikan kemerdekaan; memerdekakan: Kita mesti bekerja keras dan sanggup berdikari utk ~ negara kita drpd cengkaman penjajah. kebebasan keadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen. terbebas dpt bebas atau dibebaskan; dlm keadaan bebas: Kebanyakan haba ~ dr badan ke alam sekitar melalui proses sinaran. pembebasan hal, cara, perbuatan membebaskan. pembebas 1 orang yg membebaskan. 2 alat yg digunakan utk membebaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebas

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai jawi terkurung siang.

Bermaksud :

Sangat gelisah kerana tidak bebas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
-freecomb. form bebas, tanpa: tax ~ goods, barang-barang bebas cukai; a salt ~ diet, diet bebas garam; ice ~ port, pelabuhan bebas ais.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
freeadj 1. able to act at will, bebas: all men should be ~, semua manusia seharusnya bebas; after five years in prison he was ~ again, dia bebas semula selepas lima tahun dlm penjara; 2. (of country, society, press, etc) bebas: this is a ~ country and I have a right to express my opinion, ini negara bebas dan saya berhak menyatakan pendapat saya; we must defend our ~ society, kita mesti mempertahankan masyarakat kita yg bebas; ~ speech, bebas bercakap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
free3. unrestricted, bebas: they are not ~ to act, mereka tdk bebas bertindak; he enjoys the ~ life of a bachelor, dia menikmati hidup bebas orang bujang; a ~ market, pasaran bebas; 4. unoccupied, a. (of person) lapang, senang: I am busy today but will be ~ tomorrow, hari ini saya sibuk tetapi esok saya lapang; b. (of time) lapang: he has very little ~ time, waktu lapangnya sedikit sekali; c. (of place) kosong: there is a ~ table in the corner, ada meja kosong di penjuru itu; is this seat ~?, kerusi ini kosong?; 5. not bound by rules, bebas: ~ verse, rangkap bebas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
free6. not literal, bebas: a ~ translation, terjemahan bebas; 7. unconstrained, bebas: he is somewhat ~ in his conversation, dia agak bebas dlm perbualannya; 8. lavish, profuse, mudah + approp v: he is very ~ with his advice, dia mudah memberikan nasihat; she is very ~ with money, dia mudah mengeluarkan wang; a ~ spender, (orang yg) /boros, kuat berbelanja/, pemboros; 9. costing nothing, percuma: a ~ ticket for the show, tiket percuma utk pertunjukan itu; ~ admission, masuk percuma; nothing in this world is ~, tdk ada yg percuma di dunia ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
freelanceadj bebas: a ~ translator, penterjemah bebas; ~ journalism, kewartawanan bebas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
free-standingn bebas: a ~ lamp, lampu bebas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
carefreeadj bebas tanpa kerunsingan: a ~ existence, hidup bebas tanpa kerunsingan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
emancipatedadj bebas: ~ people ignoring outdated social conventions, orang bebas yg tdk menghiraukan kelaziman sosial yg lapuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
duty-freeadj bebas cukai: ~ goods, barang-barang bebas cukai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
demilitarized, demilitarisedadj bebas tentera, nyah tentera: ~ zone, kawasan bebas tentera.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas