Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : sj serangga yg bersayap dan berkaki panjang; jenis-jenisnya: ~ bajang; ~ daun; ~ hijau; ~ jarum; ~ kunyit; ~ mekah; ~ padi; ~ patung; ~ pelesit; ~ ranting; ~ rusa; pak ~ orang yg selalu mujur dgn tidak sengaja (ramalannya selalu benar dgn tidak disengajakan); ~ dapat menuai prb mendapat keuntungan dgn tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan); ~ telah menjadi helang prb orang yg bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia; bagai mencari ~ atas akar prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil mendatangkan hasil; mata ~ belum pecah, sudah hendak membuta prb dikatakan kpd orang yg hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : belalak; membelalang membelalak; membelalangkan membelalakkan (mata): kalau kelihatan orang agak bodoh, ia ~ matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : ; akar ~ puak sj tumbuhan (pokok renek), bunga sapung, medang kelelawar, akar pulai puak, Pittosporum ferrugineum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.lang] | بلالڠ

Definisi : berbagai-bagai jenis serangga berkepak dan berkaki panjang yg suka memakan daun-daun: ~ daun; ~ hijau; ~ kunyit dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belalang

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Belalang dapat menuai.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan tidak dengan sengaja.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
grasshoppern belalang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
damselflyn belalang jarum.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dragonflyn pepatung, (belalang) patung, sesibur, sibur-sibur, patung-patung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kill~ st off, a. get rid off st, menghapuskan sst: an all-out drive to ~ off locusts on the island, satu gerakan habis-habisan utk menghapuskan belalang juta di pulau itu; b. destroy st, memusnahkan sst: frost had ~ed offKamus Inggeris-Melayu Dewan
eat~ st bare, a. eat all the food (in st) menghabiskan makanan dlm sst: those kids have ~en the pantry bare, budak-budak itu menghabiskan makanan dlm gerobok; b. ravage, memusnahkan sst: locusts ate the rice fields bare, belalang juta memusnahkan padi di sawah;~ o’s heart out, makan hati; ~ o’s words, menjilat /kembali, balik/ kata-kata sso; have so. ~ing out of o’s hand, (colloq) sso tunduk kpd sso:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cloudn 1. mass, a. (of vapour) awan, mega: black ~s, awan hitam; feathery ~s, awan bulu balik; b. (of smoke, dust, etc) kepulan, gumpalan: his pipe was emitting ~s of smoke, paipnya mengeluarkan kepulan-kepulan asap; c. (of insects, birds, etc) kawanan [n] yg tdk terbilang banyaknya: ~s of locusts, kawanan belalang juta yg tdk terbilang banyaknya; 2. area of darkness or dimness, kekaburan: his breath formed a ~ on the mirror, nafasnya menyebabkan kekaburan pd cermin itu; 3. st that overshadows, awan hitam: a ~ on o’s happiness, awan hitam dlm kebahagiaan hidup sso; ~s of war, /awan, tanda-tanda/ perang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas