[be.lang.kas] | بلڠکس
Definisi : sj ketam (betina) yg besar dan berekor spt sangkur (biasanya didapati berpasang-pasangan), Limulus moluccanus; ekor ~ pedang (sangkur dll) yg berbentuk ekor; yu ~ sj ikan laut, kebas, pari karas, pari serban, Narke dyterygia; macam ~ ki selalu berdua-duaan (pemuda-pemudi dll); bagai keroncor dgn ~ prb sepakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[be.lang.kas] | بلڠکس
Definisi : sj golok (bentuknya spt belangkas). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[be.lang.kas] | بلڠکس
Definisi : ; pokok telur ~ sj tumbuhan (pokok renek), culan, Aglaia adorata; daun ~ sj tumbuhan (pokok renek), daun mangkuk, semangkuk, Nothopanax scutellarium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[be.lang.kas] | بلڠکس
Definisi : nama sj ketam yg besar dan berekor spt mata sangkur (biasanya terdapat berpasang-pasangan), Limulus moluccanus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)