Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.rah] | برداره

Definisi : 1. bkn sesuatu peristiwa (ke­malangan, pertempuran, dll) yg meng­aki­batkan kecederaan atau kematian: ke­jadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, la­zimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. ber­keturunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. ber­ke­bolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.rah] | برداره

Definisi : 1 mempunyai darah: Manusia yg hidup semuanya ~. ~ raja dr keturunan raja. 2 keluar darah: Mulutnya ~ kerana dia terjatuh. 3 bersifat; berjiwa: Orang-orang Melayu ~ perwira. 4 ada darah yg melekat: Kain pembalut yg ~ itu dibuang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdarah

Puisi
 

Sapu tangan berkaki merah,
     Kakinya diletak dalam perahu;
Luka di tangan berdarah merah,
     Luka di hati tak dapat nak tahu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Luka di tangan dapat diubat (= tampak berdarah),
     luka di hati siapa tahu?

Bermaksud :

Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
-bloodedadj having blood as specified, berdarah: warm ~, berdarah panas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bleedvi 1. emit or lose blood, berdarah: the wound bled profusely, luka itu berdarah dgn banyaknya; his nose is ~ing, hidungnya berdarah; ~ to death, berdarah hingga membawa maut; 2. suffer wounds or death, menumpahkan darah, berkorban: a soldier who fought and bled in defence of his homeland, askar yg berjuang dan menumpahkan darah utk mempertahankan tanah airnya; 3. (of plant) exude sap from a cut, /merembeskan, melelehkan/ getah; 4. feel great distress, tersayat, berasa pilu: her heart bled for the war refugees, hatinya tersayat mengenangkan nasib pelarian-pelarian perang itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bloodyadj 1. covered with blood, berlumuran darah, berdarah: her handkerchief was all ~, sapu tangannya berlumuran darah; 2. containing, composed of blood, berdarah: a ~ boil, bisul yg berdarah; 3. involving bloodshed, banyak menumpahkan darah: a ~ battle, pertempuran yg banyak menumpahkan darah; 4. given to bloodshed, suka menumpahkan darah: a ~ tyrant, penzalim yg suka menumpahkan darah; 5. (UK), (vulg), [various translations]: you ~ fool!, bodoh!; he’s a ~ liar, dia merepek!; you’re a ~ genius!, kamu bijak betul!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bloodyvt 1. make bloody by causing to bleed, approp v + sehingga berdarah: if you don’t shut up I’ll ~ your nose!, jika kamu tdk tutup mulut kamu, saya akan menumbuk hidung kamu sehingga berdarah; 2. (usu pass.) stain with blood, (act.) mendarahi; (pass.) berdarah: his shirt was all torn and bloodied, kemejanya koyak rabak dan berdarah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blue-bloodedadj 1. (of royal descent) berdarah raja; 2. (of aristocratic descent) berdarah bangsawan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
haemorrhagevi berdarah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
haemorrhagicadj hemoragik, berdarah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bloodlessadj 1. without blood, tdk berdarah; 2. without bloodshed, tanpa pertumpahan darah: a ~ revolution, revolusi tanpa pertumpahan darah; 3. pale, pucat; 4. lifeless, tdk bersemangat; 5. unfeeling, tdk berperasaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blood feudn /kesumat, dendam/ berdarah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hot-bloodedadj a. excitable, easily angered, berdarah panas; b. passionate, terlalu ghairah: a ~ male, lelaki yg terlalu ghairah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas