[ber.ju.rai] | برجوراي
Definisi : 1. mempunyai jalur (bahagian yg berjalur): tegakkan di atas kuburku bendera ~ dua, sejurai hadapkan ke rumah marhum ibuku, sejurai hadapkan ke laut; 2. = berjurai-jurai, terjurai berumbai-rumbai, berjumbai-jumbai: pokok itu diselaputi urat yg ~; 3. = berjurai-jurai, berjuraian jatuh bertitik-titik, berderai-derai (bkn air mata, peluh); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.ju.rai] | برجوراي
Definisi : bergantung berumbai-rumbai; berhelai-helai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)