Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ku.rung] | برکوروڠ

Definisi : 1. tinggal (berada) di dlm rumah atau di bilik sahaja, berpingit (di rumah): dia ~ sahaja di bilik tidurnya semenjak petang tadi; perintah ~ perintah (oleh kerajaan) yg mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dlm jangka waktu yg tertentu; 2. me­makai (berada dlm) tanda kurung (bkn perkataan, nombor, dll): kata yg ~ itu lebih baik dibuang sahaja; 3. Br dibendung, diempang (air); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ku.rung] | برکوروڠ

Definisi : 1 tinggal di dlm rumah atau di dlm bilik saja; tidak keluar-keluar dr rumah atau dr bilik: Sudah seminggu dia ~ di dlm bilik tidurnya. 2 memakai tanda kurung (bkn nombor, perkataan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurung
Kata Terbitan : kurungan, berkurung, mengurung, terkurung, pengurungan,

Puisi
 

Tempurung hanyut berkipas,
     Santapan raja di kayangan;
Ayam berkurung jangan dilepas,
     Helang mengintai burung di halaman.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Duduk di dalam tabir langit-langit,
     berbau tembelang.

Bermaksud :

Perempuan berkurung di dalam rumah, tetapi kejahatannya telah tersiar ke mana-mana. tabir langit-langit = tabir tenda; tembelang = telur busuk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
curfewn perintah berkurung: to impose a ~, menguatkuasakan perintah berkurung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
immurevt (archaic) see IMPRISON; ~ os, berkurung, mengurung dirinya: he ~d himself in his den in order to finish writing the book, dia berkurung di dlm bilik kecilnya utk menyiapkan buku itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas